السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saturday, 12 December 2020

Waktu Terbaik Minum Teh Hijau

Teh Hijau dikenali dengan pelbagai manfaatnya untuk kesihatan baik yang mengidamkan tubuh yang slim dan cantik, ada juga mengamalkan teh hijau untuk kulit yang awet muda.

Tidak hairan lah orang-orang Jepun suka mengamalkan teh hijau sebagai minuman utama mereka.

Teh hijau yang Niza maksudkan di sini adalah teh hijau asli yang belum di campur dengan pewarna, creamer dan sebagainya tu tau! Yang tu lain cerita =D

Ok, jadi sepatutnya waktu bila terbaik untuk kita minum teh hijau ni? Ada yang minum teh hijau sepanjang hari sebagai 'air detox', ada juga yang minum ketika sarapan pagi dan sebagainya.

Sebenarnya waktu terbaik dan berkesan untuk minum Teh Hijau adalah bergantung pada tujuan dan manfaat utama yang ingin kita dapatkan daripada Teh Hijau ni.


Teh Hijau Sebagai Anti-oksidan 

Jika anda mengamalkan teh hijau sebagai anti-oksidan yang tinggi, waktu terbaik untuk minum adalah di antara waktu makan utama. Sebaiknya selang 1-2 jam sebelum atau selepas makan. Hal ini untuk memastikan 'catechin' (salah satu major anti-oksidan) tidak bertindak balas dengan 'casein' yang terdapat dalam susu atau mana-mana protein haiwan yang kita makan.

Penjarakan waktu ini juga untuk mengelakkan kandungan kafein dalam teh hijau dari menghalang penyerapan kalsium & non-heme iron (zat besi dari tumbuhan) yang akan menyebabkan masalah untuk pnghidap penyakit anemia.


Teh Hijau sebagai Penggalak Penurunan Berat Badan

Teh hijau mampu meningkatkan metabolisme badan dan menghalang penyerapan lemak.
Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan dengan teh hijau, bolehlah mengambil teh hijau bersama ketika waktu makan. 

Teh hijau bersifat alkali dan akan menggalakkan rembesan gastric acid. Jika perut anda tidak sensitif, bolehlah ambil teh hijausebelum makan berat.

Waktu Terbaik Minum Teh Hijau


Waktu Terbaik Minum Teh Hijau Tanpa Kesan Sampingan

1. Elakkan minum teh hijau awal pagi ketika perut kosong . Ini akan menyebabkan anda dehidrasi kerana kandungan kafein dalam teh hijau akan menyebabkan sakit perut akibat rembesan gastric acid.

2. Elakkan minum teh hijau ketika makan kerana teh hijau akan mengurangkan penyerapan Vitamin Thiamin ( Vitamin B1)


Continue Reading

Tuesday, 8 December 2020

Kisah Niza : Malam Tu (Part 3)

 MALAM TU (Part 3)

Inilah Permulaan kesetiaan dan #ShakleeEffect journey Niza. 🥰
Sejak eksiden, Niza memang tak skip #ESP, #VitaminC dan #ZincPlus.
Kalau ingat Niza cerita pada previous part, Niza perlu jumpa Dr setiap hari untuk cuci luka dan ambil MC kan?
Ada satu hari ni, sahabat yang teman Niza ni borak dengan Dr. Almaklum masa tu banyak yang Niza cakap, dorang tak faham. Yela cakap gaya 'bisu' sebab luka tak hilang lagi kan atas bibir.
So, baiknya Niza diam dan dengar je 😂
A : Kenapa tak bole dapat MC seminggu je terus doktor?
Dr : Sebab dia tak de kecederaan / patah dalaman. Jadi, memang tak bole bagi MC lama. Saya tau, susah jugak kawan awak nak pergi kelas dengan luka macam ni, tapi tu la.. Datang je cuci luka tiap hari, saya boleh bagi MC sehari since luka tak ok lagi.
A : Agak-agak berapa lama bole full recover luka ni?
Dr : Mungkin ambil masa la. Dalam 2-3bulan untuk full recover. Sebab luka ni lubang dalam jugak. Nanti jahit dah kering bole datang buka.
A : ...
Perasaan masa tu? FEELINGLESS uolls. 😂
Seminggu dua jugak berulang alik pergi klinik cuci luka.
After that Dr cakap tak perlu dah datang hari-hari.
Since that Niza pun mula attend kelas. Dengan muka separuh bertopeng camtu khennn 😶
Luka kat muka makin kering dan tangan Niza pun gatal cabut sikit-sikit 😂
Begitulah. Sehingga selepas 3 minggu, parut semua dissapear! (refer gambar Disember) 😂
Allahuakhbar.
Kulit masih merah-merah since sel kulit baru kan. Tapi langsung hilang!
Had u tried imagine that? Niza tak pernah imagine pun. Sebab time tu seriously memang tak de perasaan sungguh-sungguh.
Kot la nak rasa cepat la sembuhhh. Nak kulit cantikkk bla bla bla. Serious tak da langsung perasaan tu. Niza just like 'follow the flow'.
Semakin hari, sel kulit baru pun makin matang dan hilanglah 'blusher' sebelah tu.
It left nothing di muka Niza kecuali parut di kening😎
Dan parut di tangan dan kaki
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
2-3minggu jugak Niza fobia bawa motor. .
Nak kemana kena ada orang escort jadi rider. 😂
Lepas tuu, ni antara motor Sahabat yang Niza pernah pinjam lepas eksiden tu.
Tetiba berjodoh dengan tuan motor tu sekarang😆
Opss🤭
Iklan. Haha.
Lepas tuuuu, sesudah kakak Niza selesai berpantang agaknya, family pun datang Perlis jenguk Niza. Dan dapat sponsor pulak #CollagenPowder.
Begitulah prosesnya hingga kini masih setia dengan Shaklee 💕
Sape follow sampai habis cerita Niza ni?
Meh drop komen. ❤




Continue Reading

Kisah Niza : Malam Tu (Part 2)

MALAM TU (Part 2)
.
"Tolong tanggalkan cincin dia."
"Tahan sikit ye, saya nak bius.."
"Niza mak nak cakap (melalui call).."
Yang Niza pulak mampu angguk-angguk geleng-geleng je sebab mulut terasa sakit nak bergerak.
Malam yang sama kak
Ani Ahmad
selamat masuk Labour room melahirkan Ahmad Ammar nun di Terengganu.
Memang family tak dapat datang ke Perlis jenguk masa Niza eksiden.
Being a mom, tentu lah risau kan anak eksiden. Itu lah bonda call lepas sahabat Niza maklumkan. Tapi Niza pulak tak terdaya nak buka mulut sebab bibir atas dah tercium tar sama.
Nun di asrama Niza lain pulak kisahnya.
Lepas sahabat Niza maklumkan Niza eksiden, Birthday Girl ingat ianya satu prank!
Sabo je laa 🥴
Lepas di Convince, baru lah percaya.
Dan selesai doktor jahit luka dan sempat Niza lelap di wad untuk beberapa jam sebelum esoknya di jemput oleh classmates Niza.
Bermula la episodnya seorang Niza yang perlu berpantang makan itu ini sebab luka di wajah, tangan dan kaki.


Beruntungnya seketui Niza, Allah hadirkan sahabat-sahabat yang sangatt lah caringg. Setiap hari tak miss ada orang bawakan Niza ke klinik cuci luka dan dapatkan MC setiap hari!
Sebelum dorang ke kelas, dorang dah tolong Shake kan ESP untuk Niza alas perut sementara menunggu dorang habis kelas dah belikan bubur.
Selalu share gambar kecik combine dengan selepas sembuh kan? Ni original punyo.
Inilah permulaan kesetiaan dan perjalanan #ShakleeEffect Niza.
Sambung Part 3

#Backtoyears2013 

Continue Reading

Kisah Niza : Malam Tu (Part 1)

MALAM TU

.

Niza ada meeting dengan Junior di Kolej Kediaman di Kangar while Niza dari Kolej Kediaman di Kuala Perlis.
Zaman study ni kita rempit je uolls.
Student sekarang untung. Student lagi dah angkat Honda, Toyota. Untung kenal Shaklee muda-muda 😆
Ok balik ke cerita tadi. Sebelum meeting malam tu, Niza singgah kedai kek beli kek konon nak surprise kan Birthday housemate malam tu.
Settle meeting, Niza meneruskan perjalanan nak jemput sahabat Niza yang ada group discussion jugak malam tu di satu tempat lain area Kangar jugak.
So berbekalkan sekotak kek, dan satu helmet Niza pun teruskan perjalan nak ambil sahabat sorang ni.
Tapi tak sempat sampai sebab.. Niza celik mata ayat first dengar
"Tolong tanggalkan cincin dia."
"Tahan sikit ye, saya nak bius.."
"Niza mak nak cakap (melalui call).."
Yang Niza pulak mampu angguk-angguk geleng-geleng je sebab mulut terasa sakit nak bergerak.
Seterusnyaaa..
Sambung part 2 😂
*gambar sekadar hiasan 🤣



Continue Reading