Tips Kekal Kurus dan Cantik di Hari Raya

 Kekal Kurus dan Cantik di Hari Raya

kurus dan cantik di hari raya


Alhamdulillah, sebulan berpuasa, kini tiba Raya menjelma. Berlalu sudah bulan tarbiyah , madrasah Ramadhan yang mendidik jiwa dan nafsu kita. Sebulan kita mendidik diri, badan terutamanya perut dalam bersederhana makan dan minum. Tak kurang jugak yang mengambil kesempatan bulan puasa untuk menurunkan berat badan. Alhamdulillah 'ala kulli hal, Niza sendiri berjaya turunkan berat sebanyak 5 kg sepanjang bulan puasa. Ramai berjaya mengawal selera dan nafsu makan terutamanya di bulan puasa. 

Namun, apa yang merisaukan? ha.. Raya dah tiba. Macam mana nak kekalkan momentum makan bersederhana dan kekal kurus dan cantik di Hari Raya sedang pelbagai juadah 
Raya yang menggiurkan terhidang di depan mata ni?

Cabaran Berdiet Ketika Raya

1. Pelbagai makanan berlemak dan berkolestrol tinggi menjadi juadah utama
Menyambut syawal tiba umpama tidak sempurna jika tiada juadah raya kan? Lemang, ketupat, rendang ayam dan daging dan banyak lagi juadah yang mesra perut, tapi kadang kurang mesra diet. 

2. Makanan dan Minuman yang Tinggi Gula
Dah ada juadah raya, lagi 'cantik' diiringi dengan pelbagai jenis kuih-muih, biskut raya kan? Tradisional, moden semuanya ada belaka. Rugi lah tak dapat Almond London, Kuih Batang Buruk, Biskut Buah Pinggang, Cornflake madu, dodol dan the list goes on. You named it, waktu Raya ni lah nak jumpa dengan semua kuih-muih feveret ramai kan? Belum kira lagi bila bersiarah, dah tentu dihidang dengan air manis, bergula, bergas. 

3. Makanan dan minuman tinggi Kalori
Apabila makan dan minum sempurna dengan lemak, kolestrol, gula, garam dan seumpamanya, maka ia datang dengan pakej tinggi kalori. 

4. Sibuk Beraya, tak sempat bersenam
Jika Ramadan, kita sempat luangkan masa sekurangnya 30 minit sebelum berbuka untuk bersenam, mengeluarkan peluh, maka Raya dah tiba menjadikan kita terrrrlalu sibuk. Sibuk beraya kan? Almaklum, ketika ni lah nak berkumpul sanak saudara bercuti, ziarah menziarahi ye tak? Maka sepagi bawa ke malam kita terlalu 'packed' dengan jadual rumah nak beraya. 
Jadinya, rutin bersenam kita 'terhenti' seketika.

5. Banyak Open house
Dah habis sesi beraya di kampung, pulang ke 'sarang' pula cabarannya adalah jemputan open house yang berderet. Raya kan sebulan? Maka sebulan lagi kita sambung beraya dengan open house yang lengkap dengan pakej 4 di atas. Kuat beno ye cabaran untuk orang nak berdiet di bulan Syawal ni ye?

Nak menurunkan berat badan ni tak mudah, tapi nak naikkan berat ni tak susah. Pengalaman Niza, nak turunkan 2-3kg ambil masa seminggu paling cepat. Tapi, nak naik 2-3kg tak perlu tunggu seminggu. Cukup 1-2hari dengan rutin tak terkawal di hari raya ni dah boleh 'achieved' ye kalau nak naik berat.

Macam mana dan apa nak kita buat ni untuk kita mampu kekal kurus dan cantik dengan 'Pencapaian Ramadan' ni?


Tips Kurus dan Cantik di Hari Raya

1. Mula Puasa Sunat dan Puasa Ganti

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun. (HR Muslim)

 

Mengambil fadilat berpuasa enam di bulan Syawal, sangat baik di amalkan di samping mendidik semula diri mengekang nafsu yang sedia dididik pada bulan Ramadan, tapi 'terkejut' apabila tiba Raya. Maka, boleh lah kita sambung dengan Puasa 6 di bulan Syawal dan berpuasa ganti. 


2. Amalkan Intermittent Fasting (IF)

Selain itu, boleh juga kita amalkan Intermittent Fasting sekurangnya 12-16jam sehari. Sekurang-kurangnya, kita mampu menyekat dan mengawal pengambilan kalori harian dengan mengamalkan IF. Jika menghadiri open house atau berziarah ketika raya, hadkan kuantiti makanan yang kita ambil. Banyakkan sumber protein, sayur dan buah berbanding karbohidrat. Lebih baik gantikan air manis dengan air kosong. 


3. Banyakkan Minum Air Kosong

Pengambilan air kosong yang cukup sangat penting untuk fungsi tubuh yang lancar sekaligus membantu proses detox dan pencernaan. Ditambah cuaca yang panas, pengambilan air kosong yang cukup sangat penting untuk memastikan badan kekal hidrat. Jika risau tuan rumah tidak sediakan air kosong untuk tetamu, tiada salahnya jika kita bawa bekalan air kosong sendiri dari rumah. 

4. Makan dengan Kuantiti yang sedikit

Apabila tiba raya ni, banyak juadah yang kita jumpa jarang-jarang di jumpai pada waktu lain. Maka, selera makan kita pun membuak nak merasa kan? Tak ada salahnya, merasa semua makanan yang dihidang. Elakkan stress semasa diet kan? Tapi, cukup sekadar rasa 1-2suap bagi setiap menu. Paling penting, berhenti sebelum kenyang, 

5. Banyakkan bergerak aktif

Dah sibuk beraya dan tak sempat bersenam, apa kata kita kekal bergerak aktif. Jika berziarah di kawasan perumahan Strata seperti apartment, apa salahnya jika kita gunakan tangga berbanding gunakan lif? Jika perlu parking kereta, parking lah sedikit jauh dari rumah supaya kita ada kesempatan untuk berjalan ke rumah yang hendak diziarah. Ambillah kesempatan yang ada untuk banyak bergerak terutamanya selepas makan.


Set Shaklee di Hari Raya

Tidak ketinggalan rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan yang perlu di amalkan apabila tiba musim raya. Raya raya pun, kesihatan perlu sentiasa 'up-to-date' setiap hari tidak kira musim. Kurus, Sihat dan Cantik bertenaga di hari raya? Jom berhari Raya dengan Shaklee.

1. Set Kolestrol


Terlalu banyak makan sumber kolestrol ketika raya? Jom ambil Set Kolestrol sebagai Perisai untuk menyerap segala lemak dan kolestrol jahat untuk dipecahkan dan disingkirkan dari tubuh.


2. Set Detox

Set Detox Raya

Set Detox juga sangat membantu memperbaiki sistem penghadaman tubuh. Dah makan macam-macam ketika raya, jom sediakan set detox untuk detox semula tubuh. Reset semula tubuh supaya tubuh dapat berfungsi menyerap nutrien dari pemakanan dengan baik. Lagi best, extra dapat perut kempis!


3. Set Pecah Lemak

Set Pecah Lemak Shaklee

Selain Set Kolestol, Shaklee juga ada Set untuk pecahkan lemak tau. Set Pecah lemak ini membantu memecahkan lemak-lemak yang ada dalam tubuh termasuk lemak tepu supaya mudah disingkirkan. 


4. Set Imun

Set Imun

Selain untuk kekal berat badan yang ideal, badan yang kekal kurus setelah sebulan 'berdiet' di bulan Ramadan, sangat penting juga untuk kita mengekalkan tahap imunisasi badan yang kuat. Ketika raya ini lah waktu kita berkumpul dengan saudara-mara yang datang dari jauh dan dekat. Sedang kes Covid19 masih belum reda walaupun kita sudah berada pada pasca Covid, sangat penting untuk kita tingkatkan imun badan untuk diri dan keluarga untuk mengelak sebarang penyebaran virus, penyakit berjangkit dan seumpamanya. 

Apabila imun badan kuat, sangat tipis kemungkinan untuk jatuh sakit, InsyaAllah.


5. Set Sendi


Set sendi pun tak kurang penting nya. Pengalaman Niza sendiri, apabila musim raya, pulang ke kampung berkumpul adik-beradik tentunya akan adakan jamuan makan-makan. Gotong royong itu dan ini menyiapkan juadah. Memang selalunya, letih dan melepek, pakej sekali sakit dan lenguh kaki dan badan. Makanya, 'bekalan' set sendi ni memang pakej wajib jika pulang ke kampung beraya. Apatah lagi untuk ibu ayah dan saudara mara golongan warga emas. Jadikan ini sebagai 'hadiah raya' buat merekm tentu bermakna buat mereka.



Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Meriah di laman bermain bunga api,
Menyambut lebaran, maknakan Aidilfitri
Tak Sempurnalah beraya tanpa Shaklee

Salam Lebaran, 
Maaf Zahir Dan Batin 






Post a Comment

0 Comments