السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Thursday, 22 August 2019

Resepi Tart Shell

Teringin nak makan Cheese Tart? Di pasaran dah banyak sangat yang menjual Tart Shell yang dah siap kan? 

Namun, mesti kadang datang keraguan untuk beli. Betul tak? 

Sebabnya kita sendiri tak dapat pastikan apakah kandungan bahan yang digunakan, siap pula pembuatnya dan bagaimana proses pengeluar mengendalikan buatan Tart Shell tersebut dari sudut kebersihan dan seumpamanya.

Jadi, kenapa tidak korang cuba buat sendiri je? mudahhhh yakmat nak buatnya! Perlukan sedikit kerajinan je.😉



So, Jom Niza belanja korang cara nak buat Tart Shell yang mudah simple lagi senang! 




Bahan-bahan
*adunan untuk +/-50pcs Tart Shell saiz kecil

1. 170gm marjerin atau Butter
2. 50gm gula aising
3. 1 biji telur Gred C

4. 290gm tepung gandum

5. 1 sudu kecil esen vanilla

6. acuan tart



Cara-cara

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan pukul lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. pukul lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

**Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

**Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. 

Selamat Mencuba! 


So, nah Niza belanje sikit gambar tart shell yang siap dibakar.
Mudah kan?

Dah cuba, jangan lupa tinggalkan feedback 😉

Continue Reading

Friday, 9 August 2019

Lambatkan Penuaan pada Tahap Sellular

Penyelidikan canggih sejagat untuk menentang penuaan sellular dan perkongsian penyelidikan bertahun-tahun dengan saintis terkemuka telah menghasilkan VIVIX yang merupakan penemuan Saintifik yang hebat dari Shaklee.

Hanya VIVIX mengandungi adunan fitonutrien propietri, yang memanfaatkan kuasa Anggur Muscadine yang jarang ditemui dan Polifenol, menghasilkan ramuan yang 10x lebih efektif dari Resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan sellular.



4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular


1. Kerosakan DNA

Setiap hari, seriap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari asal) yang akan menganggu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sellular DNA.


2. Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terbaru menunjukkan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.


3. Pengeluaran Tenaga yang Kian Merosot oleh Sel-sel

Mitochondria (penjana tenaga) dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.


4. Penimbunan Protein AGE

Penimbunan Protein AGE (Advanced Glycation End products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan menganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari Resveratrol atau Polifenol (kandungan Unik dalamAnggur Muscadine) untuk melambatkan pembentukan Protin AGE.

Continue Reading

Tuesday, 6 August 2019

Tips Melembap Dan Menyegarkan Kulit Berminyak Secara Semulajadi

Kulit berminyak boleh dikategorikan sebagai kulit yang perlu di jaga dengan rapi seperti kulit sensitif.

Secara ilmiahnya, kaedah terbaik untuk merawat kulit berminyak adalah dengan menggunakan daun Pudina untuk mengatasi masalah ini.


BAHAN-BAHAN :
1. 2 Sudu makan Daun Kari
2. 2 Sudu makan Daun Pudina
3. 3 Cawan air

CARA-CARANYA:
1. Kisarkan daun kari dan daun pudina bersama air dan didihkan.
2. Setelah mendidih, biarkan ianya sejuk.
3. Tapis air tersebut untuk mengambil 'extract'nya sahaja.
4. Simpan dalam botol untuk digunak sebagai 'toner'.
5. Bersihkan wajah dengan air dan tuala bersih selepas memakainya.

Selamat Mencuba!
Continue Reading

Cactus Survivals

Kenapa kaktus berduri banyak?

Uniknya kaktus ni Allah ciptakannya boleh survive walaupun di padang gurun yang panas.

Disebabkan pokok kaktus yang tumbuhnya di kawasan yang kurang air, duri kaktus ni berfungsi untuk mengurangkan kehilangan air. Sekaligus menyekat aliran udara berhampiran.

Jika tumbuhan lain mempunyai liang-liang kecil pada kulit dan daun untuk mengumpul karbon dioksida,dan menjalani fotosintesis di siang hari, kaktus pula terlepas dari proses ini disebabkan liangnya dibuka pada malam hari.

Bukaan liang-liang pada kaktus di malam hari pada suhu yang sejuk, kekurangan matahari dan angin lebih tenang membantu kaktus mengekalkan air untuk keperluannya dalam masa yang panjang.
Duri pada badanya pula membantu melindungi diri kaktus dari haiwan yang dahaga mencari minuman dari tumbuhan.



Jika tumbuhan yang kukuh lagi utuh lain mempunyai akar yang mencengkam ke tanah untuk mencari bekalan air bawah tanah, lain pula kisahnya dengan kaktus!

Kaktus mempunyai akar yang pendek dan mengembang di bawah permukaan tanah. Akar ini lah yang bersedia menyerap sebanyak mungkin air ketika hujan!

Apabila hujan, akar kaktus akan mengeluarkan lebih banyak cabang akar.

Kesimpulannya, tiap apa pun hidupan yang Allah ciptakan pasti ada keistimewaan yang Allah sertakan bersama.

Jadilah kita insan-insan yang bijak mengambil ruang dan peluang di setiap kesempatan mahupan kesempitan hidup.

Terus menjadi survivor!
Continue Reading

Thursday, 1 August 2019

Polifenol Sumber Anti-Oksidan Terbaik!

Resveratrol adalah sejenis Polifenol yang terdapat dalam tumbuhan.


Tapi, apakah pulak Polifenol ni?


Polifenol adalah sejenis fitokimia atau zat kimia yang sangat kaya dengan anti-oksidan.


Polifenol ni biasanya ditemui dalam tumbuhan dan banyak ditemui dalam kulit buah.


Fungsi Polifenol adalah untuk melindungi sel kulit dari serangan radikal bebas.
Disebabkan itulah, orang-orang di Eropah(bukan muslim) sangat gemar meminum Wine Merah kerana Wine Merah mengandungi Polifenol yang sangat tinggi (berasaskan anggur merah).


Di Malaysia pula, jika korang buat carian tentang Polifenol atau Resveratrol, korang akan jumpa produk-produk 'long-life'.


Tak percaya? Cuba lah ><


Mengapa dan apa kaitan Polifenol dengan 'long-life' sebenarnya?


Disebabkan sifat Polifenol yang tinggi anti-oksidan ini, Polifenol berupaya dalam melindungi sel tubuh dari serangan penyakit dan kerosakan akibat radikal bebas.
Jadi, tidak hairanlah makanan yang tinggi anti-oksidan mampu mencegah penyakit seperti kanser, penyakit jantung, diabetes dan seumpamanya.
Antara tumbuhan yang tinggi Polifenol adalah
  •  kekacang
  •  coklat hitam (dark chocolate)
  • buah-buahan berkulit cerah (merah seperti delima dan strawbery)
  • anggur merahsayur-sayuran hijau (bayam, kangkung, brokoli) dll


Muscadine Grape antara yang tinggi kandungan Polifenol.


Polifenol ni dikalsifikasikan kepada 4 kelompok:
  • fenolik asid
  • lignan
  • flavonoid
  • stilben (Resveratrol)
Berbalik pada mukadimah tadi, Polifenol sejenis Resveratrol ni lah yang terdapat dalam Vivix Shaklee!

Continue Reading

Tuesday, 23 July 2019

TESTIMONI OSTEMATRIX

Segala kandungan testimonial atau penulisan dalam laman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat,mencegah,mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk dapatkan nasihat pakar kesihatan. 
 Segala bentuk set yang di iklankan adalah set cadangan semata-mata. Cadangan set boleh berubah mengikut kesesuaian pengguna.
















Continue Reading

Wednesday, 15 November 2017

TIPS : Makan Untuk Kurus

Assalamualaikum uolls!

Lama rasanya tak ziarah rumah agam ni.
Muncul je tetiba bagi tips.
*nampak sangat sebelum ni bz nk kurus* eh! 😆

Nah, Niza share tips dan antara 'idea' menu untuk awak eh anda eh kita 😝 yang nak kuquihh tak kuquih2 tu.

Haha.

1. Jaga Pemakanan
2. Build high metabolism
3. Bakar Kalori

*****
1. Jaga pemakanan.
Part ni yang konon agak challenging.
Tapi challenging memula je..

Percaya la! Once dah jadi habit, tak jadi masalah pun la. Don't say no sebelum mula ☝

Dan tolong la buang 'mindset' diet = tak makan.

Tak makan tu puasa uolls😪

Diet yang sihat adalah = Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sikit. Sebab apa? Ini membantu untuk tips ke-2.

Ok? 👌


2. Build high metabolism

Macam mana nak build high metabolism.  Ada certain makanan yang bole 'menaikkan' kadar metabolism tubuh. Lain kali la ai share. Tapi yang mudahnya adalah baca tips 1 tadi?

Ini lah sebabnya.

Setiap kali kita makan, metabolism tubuh akan naik disebabkan sistem tubuh kita 'bekerja' untuk cernakan makanan.

Kenapa kadar metabolism yang tinggi penting untuk kurus?
Sebab metabolism yang tinggi membantu anda untuk tips ke-3! 😘

3. Bakar Kalori
Setiap kali kau makan, tu kalori masuk.
Kalau tak bakar balik, macam mana nak kurus? Simpan kalori jadi lelemaks berlapis.

Jadi, silalah bakar. 🔥🔥🔥

Macam mana nak bakar? Bersenam la.
*ada la tu bagi alasan takda masa la apa la*

Belum apa-apa dah bagi alasan!
Tak perlu masa 4-5jam hang nak bersenam. Tinggal motor kereta, pergi kerja jalan kaki. Kan dah bersenam tu 😆

Ala, jalan kaki, naik turun tangga pun bersenam jugak.. Take it easy. Yang penting BUAT!


Nah amik ni idea menu kalau taktau nak makan apa.

Credit : akak Farahin Farhan







Ok. Dah berjaya loss KG nanti toger tau! 😝

Niza Ahmad,
014-5671920
Founder of MME.


Continue Reading