السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Thursday, 26 September 2019

Peluang Jana Pendapatan 2019 - PLS Challenge!

Hari ini secara rasmi Prove It Challenge Shaklee Malaysia bermula! So, Niza sangat teruja nak kongsi manfaat Prove It Challenge ni dengan anda semua!😍

Program ni khas Shaklee Malaysia dedikasikan untuk kita semua untuk mulakan bisnes Shaklee secara fleksible.

Bisnes yang mudah akses melalui website dan atas talian dah bantu ramai insan untuk dapatkan Kebebasan! Kebebasan kewangan, kebebasan masa dan kebebasan hutang. Alhamdulillah.



Kalau nak kongsi kisah kejayaan dalam Shaklee rasanya 7 hari 7 malam pun tak habis!😆

InsyaAllah akan niza dedikasikan entry khas untuk kisah kejayaan dalam Shaklee ni nanti. InsyaAllah😉

Tapi hari ini, Niza nak kongsi macam mana korang yang masih belum jumpa Bisnes yang fit dengan korang untuk dijadikan bisnes secara 'part-time', 'full-time' atau 'life-time' untuk mula dengan Program Khas Shaklee ni!

Bermula hari ini (26 September 2019) hingga 30 November 2019, Program Prove It Challenge ni akan berlangsung.

Mengangkat tema Prove It, Live It, Share It Shaklee telah perkenalkan permulaan bisnes yang kukuh untuk ahlinya terajui.



Bagaimana?

Prove It 

Dengan frasa Prove It, Shaklee menawarkan Ahli untuk memulakan penjagaan kesihatan dengan 2 Set Terpilih untuk di amalkan dan anda mampu rasakan kesannya sepantas 7 hari! Melalui Pembelian set ini juga anda layak dapat keahlian secara terus dan akan di guide dengan 'mealplan' yang sangat membantu anda memulakan kehidupan yang lebih sihat!

Apa 2 Set terbaik yang Shaklee tawarkan dalam program ni?

Jom Detox dan Jom Vivix untu mulakan hari yang produktif dengan badan yang lebih ringan dan cergas!

Dengan dapatkan salah satu produk di atas dalam program ini, anda dah layak bergelar sebagai ahli  dan pengedar sah Shaklee.

Seterusnya yang perlu dilakukan adalah mengamalkan produk secara konsisten dengan panduan yang diberi dan BUKTI kan kesannya terhadap kehidupan dan kesihatan anda!

Seterusnya adalah menjadikan ianya rutin pemakanan sihat anda setiap hari.


Live It

Dengan pembelian salah satu set di atas juga anda layak untuk dapatkan 10% diskaun untuk Daily Essential Vitamins set untuk kekalkan pengambilan nutrisi seimbang dalam kehidupan.


Daily Essential Vitamins untuk kesihatan yang lebih Optimum!


Sesuai dengan pepatah 'mencegah lebih baik dari merawat', mesej kesihatan ini lah yang cuba Shaklee ketengahkan dan sampaikan kepada masyarakat untuk kehidupan yang lebih sihat!

Share It

Kongsikan! Itu lah kunci kejayaan ramai orang di Shaklee. We use, We proved, We live with it and we share it!


Mulakan Bisnes hanya dengan berkongsi! 😊

Hanya dengan berkongsi kebaikan produk dan kesan baik yang telah anda rasakan kepada teman-teman, kenalan dan juga keluarga untuk bersama merasakan Impak positif kepada kesihatan, ianya permulaan kepada jana pendapatan anda melalui Shaklee.

Berkongsi kebaikan dengan ramai orang mampu memberi ruang dan peluang untuk anda dan insan sekeliling anda merubah hidup lebih sihat, bahagia dan bonusnya adalah kewangan sebagai pendapatan pasif! 

Oh ya. Untuk makluman juga, Bisnes Shaklee adalah bisnes yang bole di warisi kepada anak cucu kita nanti tau!

Jadi mulkan sekarang untuk plan jangka masa panjang anda nanti.💗

Istimewa lagi untuk program Prove It Challenge ini, setiap set produk  dalam program ini yang berjaya dijual, Shaklee membayar bonus sebanyak RM 25 setiap satu. Dan RM 150 bagi setiap 3 Set Produk secara mingguan!

Mingguan tau. Khusus untuk program ini sahaja. Dan tentunya bonus mingguan ini belum dikira bersama dengan bonus bulanan yang tentunya lumayan!

Menarik kan?

Jadi, jom sahut cabaran Prove It Challenge hari ini!

Macam mana nak sertai?

Jom contact Niza hari ni. 😉

Niza Ahmad,


Continue Reading

Tuesday, 24 September 2019

Kesan Jerebu kepada Kesihatan

September 2019, Malaysia dikecohkan dengan fenomena Jerebu yang melanda di kebanyakan tempat di negara kita.

Hingga kini kadar jerebu yang belum reda menyebabkan sekolah-sekolah di beberapa buah daerah di arahkan tutup untuk memastikan kesihatan dan keselamatan para pelajar.


haze in malaysia



Jerebu : Jerebu adalah satu fenomena yang terjadi disebakan kewujudan banyaka partikel kecil atau zarah kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terapung-apung di udara. Zarah ini mungkin berasal secara semulajadi atau kesan sampingan dari aktiviti manusia.

Apabila zarah ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Hal ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


Akibat jerebu ini menjadikan indeks udara negara kita diklasifikasikan sebagai tercemar. Udara tercemar ini mempunyai kandungan toksik yang berbahaya untuk kita. 

Antara Kesan jerebu kepada kesihatan kita dan keluarga :-
  1. Asthma
  2. Bronkitis
  3. Radang paru-paru
  4. Batuk berterusan
  5. Alahan/allergik
  6. Sakit mata (gatal & kemerahan)
  7. Mudah dijangkiti selesema dan demam
  8. Gatal tekak 

Kesan-kesan di atas dapat di alami sama ada warga tua, dewasa mahupun kanak-kanak.

Keratan Akhbar ketika Jerebu 2012


"PUTRAJAYA: Jumlah pesakit bagi kes berkaitan konjunktivitis (mata) meningkat 20 hingga 30 peratus di 42 hospital kerajaan seluruh negara kesan jerebu teruk sekarang.

Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, Dr Nor Fariza Ngah, berkata peningkatan itu adalah keadaan biasa setiap kali musim jerebu melanda negara.
“Kita dapati peningkatan 20 hingga 30 peratus pesakit di klinik mata kerajaan bagi mendapatkan rawatan mata akibat jerebu... "
- Berita Harian, 17 September 2019

Peningkatan penyakit berkaitan semasa jerebu.


Jadi, mari tingkatkan pengawasan anak-anak dan keluarga ketika musim Jerebu.
Amalkan juga tips-tips kesihatan yang berguna untuk anda sekeluarga.😉
Continue Reading

Kepentingan Asid Folik untuk Ibu Mengandung

Mengapa ibu mengandung diberi asid folik?
Dan bolehkah jika ingin mengamalkan asid folik ketika tidak mengandung/hamil?

Persoalan yang selalu jugak Niza dapat dari teman-teman sebaya yang belum, baru atau sudah mendirikan rumahtangga dan ingin juga atau sedang mengandung.

Seorang wanita mengandung akan dibekalkan dengan asid folik, iron dan seumpamnya dari klinik.

Tapi, fokus Niza pada entry ni hanya pada asid folik.



Bolehkah orang yang belum berjaya hamil/mengandung mengambil asid folik sebagai ikhtiar 'kesuburan'?

Terdapat kajian yang menyataka  asid folik dapat membantu kesuburan. Namun ianya bukan sebagai UBAT untuk kesuburan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita tengok apa fungsi asid folik ini atau juga dikenali sebagai folate atau Vitamin B9.

Antara peranan Asid Folik untuk ibu hamil adalah :

1. Membina sel-sel tubuh
2. Membantu membina sel DNA baru & memperbaiki sel DNA yang rosak.

Melalu peranan inilah, ianya amat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel baru semasa perkembangan janin dalam Rahim.

Ibu hamil yang kekurangan asid folik dalam tubuh akan menjejaskan tumbesaran bayi seperti kecacatan saraf akibat terjejasnya perkembangan DNA seperti:

  • Spina Bifida

  • Neural Tube Defect



"Pada tahun 1960 pakar-pakar perubatan mula mendapat bukit dalam kajian mereka bahawa kekurangan asid folik dalm tubuh wanita hamil boleh dikaitkan dengan penyakit akibat kandungan asid folik yang rendah pada bayi merek."


Pengambilan suplemen asid folik mampu mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang mempunyai masalah bibir dan lelangit terbelah (lip & palate palate), kecacatan jantung (congenital disease) dan juga risko lahir pra-matang.

Pada kebiasaanya Asid Folik mula diberikan kepada ibu hamil ketika usia kehamilan 12minggu pertama. Kerana pada usia 12 minggu pertama kehamilan, bayi dalam rahim mengalami perkembangan otak dan saraf. Jadi, asid folik menjadi keperluan untuk membantu perkembangan ini dengan baik.

Bolehkah suplemen asid folik di amalkan bagi mereka yang tidak hamil?

Dos asid folik pada kebiasaanya untuk wanita biasa (tidak hamil adalah sebanyak 400microgram (0.4ug)

Manakala untuk wanita hamil sebanyak 600-800microgram (0.6-0.8ug).

Namun, dos yang diberikan boleh ditingkatkan bergantung kepada doktor yang merawat terutama jika wanita hamil itu mempunyai risiko yang tinggi seperti:

- Mempunyai sejarah kelahiran bayi cacat semasa kelahiran lepas.
- Suami/isteri mengalami masalah NTD
- Wanita yang mengambil ubat sawan (epilepsy)
- Ibu hamil tersebut mempunyai penyakit ceoliac disease, diabetes, sickle anaemia atau thalasemia.

Jadi, jelas lah asid folik sangat penting untuk ibu hamil. Bahkan, lebih baik di amalkan sebelum kehamilan.

Dan makluman tambahan, Asid folik atau dikenali sebagai Vitamin B9 lebih bertindak lebih baik apabila diambil bersama kumpulan Vitamin B yang lain.

Jadi, ibu-ibu dan bakal ibu pastikan dapatkan bekal vitamin B yang cukup bersama Asid Folim tau!😉

Semoga Bermanfaat!
Continue Reading

Friday, 13 September 2019

6 Punca Anda Perlu Tahu Kenapa Mudah Jatuh Sakit

Assalamualaikum wbt,

Kerap demam, mudah dijangkiti selesema, batuk-batuk selalu.
Memang ada manusia yang mudah jatuh sakit. Sekiranya rutin harian berubah luar dari kebiasaan sikit, mudah betul jatuh sakit.


antibodi



Jadi, entry kali ni Niza nak share 6 Punca yang kita perlu tahu dan 'aware' kenapa kita mudah jatuh sakit.


1. Kerap mengembara (Travel)


Mereka yang kerap travel samada atas urusan kerja atau bercuti antara golongan yang kerap jatuh sakit. Kenapa?

Orang-orang ini mudah terdedah kepada kuman dari jarak yang dekat semasa dalam penerbangan atau seumpamanya dan berada dalm persekitaran tertutup dalam jangka masa yang agak panjang. Hal ini juga menyebabkan mereka bernafas dalam udara yang sama sepanjang perjalanan.

Selain itu, Kesan 'jet lag' dan keletihan dari perjalanan pergi dan balik juga akan menghentikan 'gen' yang berkaitan dengan sistem imun.

Jadi, sistem imun kita akan menjadi 'kurang' efektif dalam melawan sebarang kuman atau virus yang menyerang tubuh.


2. Pesakit Ulser Mulut


Kerap dijangkiti ulser mulut adalah salah satu tanda kekurangan nutrien tertentu yang dapat melemahkan perlindungan imun badan.


3. Bekerja Syif Malam


Bekerja pada syif malam akan menjejaskan jam biologi tubuh kita untuk mengawal tindakbalas imun.

Menurut penyelidikan yang dilakukan di Institut kesihatan mental Douglas university & McGill University ; terdapat gangguan pada jam biologi badan secara tidak langsung akan menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa yang panjang.


4. Tidur Lewat


Kurang tidur akan menjejaskan  Sistem Imun secara tak langsung.

Tubuh kita akan kurang menghasilkan Sitokin (sejenis protein yang melawan jangkitan kuman) yang hanya dihasil dan dibebaskan semasa tidur.


5. Penggemar makanan manis


Pengambilan gula yang berlebihan akan menghadkan sel-sel imun daripada melawan bakteria.

Paras gula dalam darah yang tinggi akan memberi tekanan kepada badan dan menyebabkan sel-sel imun berada dalam keadaan koma seterusnya tidak mampu bertindakbalas dengan baik.


6. Mereka yang 'berjiwa muda'


Semakin meningkatnya usia, sel-sel imun akan menjadi kurang aktif & bertindak lebih lambat terhadap patogen.

Hal ini akan menyebabkan anda mudah terdedah kepada penyakit dan ia akan mengambil masa yang lama untuk proses penyembuhan.


Continue Reading

Thursday, 12 September 2019

7 Perkara Anda Perlu Lakukan Ketika Jerebu

Assalamualaikum wbt,


Kebelakangan ni, kecoh negara dengan isu Jerebu yang melanda. Jadi, musim-musim cuaca tak menentu, ditambah dengan jerebu melanda, wajib untuk kita 'protect' diri dan keluarga extraaa dari biasa kan?

malaysia jerebu



Dah mula ada yang merasa batuk-batuk kering, demam selesema dan macam-macam ketidakselesaan untuk kita terus beraktiviti macam biasa kan?

So, jom Niza share sikit persediaan yang kita kena buat di musim jerebu ni untuk kita dan keluarga kekal sihat dan selamat.


1. Elakkan membuka tingkap rumah

Jangan membuka tingkap ketika berada di rumah supaya udara luar yang tercemar mampu di elakkan untuk menerobos masuk ke ruang rumah.

Sebaiknya, hidupkan penghawa dingin dalam rumah.


2. Hidupkan pembersih udara

Anda di galakkan untuk menghidupkan pembersih udara di dalam rumah untuk menapis partikel udara yang berada dalam rumah supaya sentiasa bersih dan selamat untuk anda dan seisi keluarga.


3. Perbanyakkan minum air kosong.

Anda disarankan untuk perbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2liter sehari. Hal ini untuk memastikan anda sentiasa terhidrasi.

Air juga mampu membantu untuk mengeluarkan toksin dari tubuh seperti kulit (peluh) dan paru-paru.


4. Hindari aktiviti di luar rumah


Elakkan untuk keluar dari rumah sekiranya tiada keperluan penting. Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti luar rumah, anda disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar sehingga jerebu reda.


5. Gunakan Mask 

Gunakan mask atau topeng muka jika perlu berada diluar rumah. Topeng muka mampu menapis udara tercemar. Sebaiknya gunaka mask N95. Ia juga mampu menghapuskan zarah halus dalam jerebu.


6. Cuci tangan dan muka dengan kerap

Tangan dan muka adalah anggota tubuh yang mudah terjejas dengan kotoran apatah lagi udara tercemar. Jadi, cucilah tangan dan muka anda dengan kerap untuk menghidari sebarang kotoran dari menjejaskan kesihatan anda.


7. Jangan membakar sampah

Elakkan membakar sampah kerana ia akan menambah burukkan udara tercemar sedia ada.


Akhir sekali adalah pastikan anda dan keluarga menikmati makan yang sihat dan berkhasiat untuk menguatkan sistem tubuh dan imun dari terjejas.


kesihatan ketika jerebu


Awasi anak-anak anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sihat. Jika terdapat sebarang tanda-tanda gangguan kesihatan, segera rujuk kepada klinik atau hospital berdekatan.


Semoga Bermanfaat!



Continue Reading

Tuesday, 10 September 2019

Ubat atau Supplemen?

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. Since zaman macam-macam produk dalam pasaran sekarang yang claimed mampu sembuhkan penyakit la, mampu beri kurus dalam masa 7 hari la, mampu beri kesan kulit cerah sampai nampak urat hijau la dan macam-macam lagi la 'claim' si penjual kan?

Jadi, sebagai pengguna perlulah kita bijak menilai dan memilih yang terbaik.

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak telan sebarangan 'makanan' nyawa gadaiannya.ha gitcheww! 😜

Jadi, Niza buat entry kali ni dengan niat untuk beri lebih pencerahan setakat apa yang Niza tahu dan untuk mengurangkan salah faham masyarakat kita hari ni.
Continue Reading