السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts

Sunday, 26 July 2015

Awet Muda dengan Ramuan Semulajadi

Assalamualaikum wbt,
Zaman makin berubah. Dunia makin maju.
Pencemaran, gaya hidup, dan pemakanan kian menjadikan tahap kesihatan semakin menyusut.
Radikal bebas, asap dan pencemaran kian merosakkan kulit menjadikan wajah kelihatan lebih TUA dari usia!

Sudah menjadi 'trend' bagi yang ingin kelihatan anggun, awet muda dan sihat untuk menggunakan sumber collagen sebagai makanan, minuman dan seumpamanya.

Hari ini, pelbagai jenis collagen terdapat di pasaran. Namun sejauh mana kualiti collagen tersebut menjamin kesan jangka masa panjang?

Jom! saya kongsikan  COLLAGEN POWDER dari SHAKLEE.

Apa Istimewanya Collagen Shaklee?

            Shaklee Collagen Powder adalah suplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietary, sejenis kolagen TULEN dan BERMUTU TINGGI yang di ekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molecular sekitar 1,000 Dalton (berat molecular kolagen di ukur dalam unit Dalton) amat MUDAH DISERAP oleh tubuh dan MEMBANTU MENINGKATKAN SINTESIS KOLAGEN pada lapisan dermis dengan BERKESAN.

Tujuh Ramuan utama:

1. Biji Camelia Japonica
2. Kolagen dari sisik ikan merah
3. Kolagen Ikan
4. Ekstrak kekerang
5. Ekstrak Pfaffia
6. Lactobacillus acidophilus
7. Vitamin C dan Vitamin B

MANFAAT UTAMA

·         Membantu kulit mengekalkan ELASTISITI

-          Semakin tua, tubuh kita menghasilkan semakin kuran kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, di samping kulit yang semakin kendur.
-          Umur bukanlah hanya satu factor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita, malah kerosakan kolagen juga boleh berpunca dari factor luaran seperti ;
o   Matahari
o   Radikal bebas di udara
o   Air dan nutrisi
o   Merokok dll.

·         Tampak Lebih Muda

- Membantu menguatkan rambut dan meransang oertumbuhan semula
- Menguatkan kuku, menghilangkan bintik putih dan mengekalkan warna pangkal kuku yang sihat
- Mengurangkan kekeringan kulit dan meningkatkan elastisiti serta membantu menghilangkan parut.
- Membantu menghilangkan tanda penuaan.



·         Rasa Lebih Muda

-Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko tulang menjadi rapuh.
- Mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi
- Baik untuk mata. Ini keran kornea mata memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
- Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini di sokong oleh kolagen.


Semoga Bermanfaat.
=)


Continue Reading

Thursday, 23 July 2015

Vivix Melambatkan Penuaan Pada Tahap SELLULAR!

Penyelidikan canggih sejagat untuk menentang PENUAAN  selular dan perkongsian penyelidikan  bertahun-tahun dengan saintis terkemuka telah menghasilkan Vivix –penemuan saintifik yang hebat dari Shaklee. Hanya Vivix mengandungi  adunan @fitonutrien proprietary, yang memanfaatkan kuasa Anggur Muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10x lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular.

Awet Muda



4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular
1.     Kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetic , menghasilkan satu ‘typo’ (kesilapan dari yang asal) yang akan menganggu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.

2.      Pengawalan Genetik
Pengawalan Genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular.

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3.     Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun oleh sel-sel
Mitochondria (Penjana Tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan  biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.


4.     Penimbunan Protin AGE
Penimbunan berlebihan Protin AGE (Advanced Glycation End product) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan menganggu keutuhan sel dan panjang umur.


Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan  unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan Protin AGE.

Semoga Bermanfaat. =)

Continue Reading

Thursday, 18 December 2014

7 Sebab Air Penting Untuk Tubuh Manusia

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

TAHUKAH ANDA?

Badan manusia terdiri daripada 60% cecair! Manakala organ terpenting iaitu OTAK mengandungi 75% air.
MasyaAllah.

Jadi jelaslah air merupakan elemen yang penting untuk tubuh manusia untuk pastikan tubuh manusia mampu bekerja pada tahap maksimum dan minda lebih cergas. 😄

MENGAPA AIR PENTING?

1. Memastikan air dalam tubuh sentiasa mencukupi bagi mengawal suhu badan pada tahap normal.

2. Memastikan organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik.

3. Membantu buah pinggang dan hati menyingkirkan toksin dan bahan kumuhan dengan efisyen.

4. Bertindak sebagai pembawa nutrien dan oksigen ke semua sel dalam badan.

5. Pelincir sendi untuk mengelakkan masalah sakit sendi dalam jangka masa panjang.

6. Melarutkan mineral dan nutrien supaya mudah di serap.

7. Melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Sebaiknya minum air selepas bangun tidur sebelum memberus gigi.

Kita selalu di fahamkan agar mengambil air sebanyak 8 gelas atau 2liter sehari.

Sebenarnya air yang diperlukan oleh tubuh bergantung pada BERAT Individu.
25kg = 1liter air.

Mari sama-sama mengamalkan jumlah air yang cukup di perlukan bagi memastikan tubuh dan minda yang cergas.

Road to Produktif Mukmin!
with love,
Niza Ahmad.

Sumber : Majalah Gen-Q (isu 39)

Continue Reading

Wednesday, 12 November 2014

Kenapa Saya tak suka Panadol / Paracetamol?


Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

Salam hormat, salam tengah hari, salam rabu dan salam sejahtera. >_<
Beberapa hari lalu, atau mudah katanya minggu lepas.
Ya.
Minggu lepas merupakan minggu stress, minggu serabut, minggu sakit kepala.
Hectic week la katakan.
Dengan assignment nya, dengan presentationnya, dengan mid term test nya.
Makanya, ramai la yang di serang sakit kepala,demam dan sebagainya.
Common,people akan cari panadol bila sakit kepala,demam atau di serang sakit2 sedemikian.
Bagi saya yang dah lama meninggalkan panadol, i think 'why panadol?'
hehe.


Sejujurnya,saya tidak suggest panadol as fast track atau jalan pintas untuk hilangkan sakit sekarang. Kerana anda akan merana for long time effect!

Tahukah anda?
Panadol mampu


-Merosakkan hati

-Tinggal di dalam tubuh sekurang-kurangnya 5Tahun! *Penghuni yang tak bayar deposit pun nak tinggal dalam tubuh kita. Bayangkan selama 5tahun lepas,dah berapa banyak panadol yang anda telan dan dah berapa banyak panadol yang terkumpul dalam tubuh atau usus anda? *



Adakah anda pernah terfikir?

-Kalau dulu zaman sekolah menengah gitu, ambil panadol sebiji dah boleh relief pain. Tapi sekarang ambil 2-3biji panadol pun masih atau belum tentu hilang sakit kepala atau sakit-sakit lain tu? Perlu telan 4-5biji dulu baru berkesan?
Hal ini di sebabkan,terbiasanya kita mengambil panadol itu menjadikan tubuh kita tidak 'lut' lagi pada kesan panadol.



Buah pinggang yang selalu memproses apa-apa yang selalu kita telan tu dah 'jemu' proses panadol ni.
Kesannya, di awal usia dah kena jalani rawatan dialisis.
Ngeri kan?
Sayangi tubuh buah pinggang anda,sayangi organ anda,sayangi tubuh anda.
Kerana ianya anugerah tak ternilai yang Allah titip untuk kita jaga dan manfaatkan. :)

Jadi sebagai alternatif untuk menghilangkan sakit kepala dan sakit-sakit manja tu, bole la cuba

-Minum air masak (walaupun tak sakit) sekurang-kurangnya 8gelas sehari.
-Minum minuman isotonik yang di campur dengan air masak.(nisbah 1:1 atau 1:2 > air isotonik : air masak)


Untuk maklumat lanjut,
Sila Hubungi 

Continue Reading

Mengapa Perlu Vitamin?

Bismillah..
Assalamualaikum wbt.

Salam hormat. Salam sejahtera. (^_^)v
Hari-hari saya di temukan dengan pelbagai jenis dan spesis manusia.
ya. Allah ciptakan manusia itu berbeza-beza untuk kita saling mengenali. gituuu..
Ok.
Entri kali ni nak saya kongsikan. 
Mengapa Kita Perlu vitamin?
Mengapa Vitamin itu penting?
Penting? Ya. Semestinya penting untuk anda dan saya juga semestinya!

Hal ini kerana:-

Mengapa Vitamin Adalah Penting?

1. Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin.

- ya. Tubuh manusia itu berbeza, gaya hidup dan biological tubuh kita mungkin mempengaruhi kuantiti vitamin yang diperlukan dalam tubuh kita untuk melancarkan fungsi sistem dan organ dalam tubuh manusia.

2. Buah-buahan dan sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak/kurang subur.

- ahaa.. ini antara faktor-faktor yang menjadikan buah-buahan atau sayur-sayuran tidak cukup nutrisi atau kurang subur. seperti entri saya sebelum ni menyentuh tentang GMO.

3. Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak.

- Semasa proses memasak, suhu yang tinggi mampu menjadikan zat-zat yang terdapat di dalam sayur atau sumber vitamin dan nutrisi kita hilang.

4. Gaya hidup kita mungkin menganggu penyerapan zat makanan.

- Gaya hidup yang kurang sihat seperti mengamalkan rokok, minuman dan makanan yang tidak berkhasiat juga menjadikan kita perlu akan nutrisi.

5. Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan makanan kita.

- Hidangan makanan kita seharian barangkali tidak cukup kesemua nutrisi yang di perlukan tubuh.

6. Anda mungkin terlalu kerap makan di luar.

- Yesss.. Sebagai seorang pelajar, saya salah seorang insan-insan yang kerap makan di luar berbanding masak sendiri. 

7. Gaya hidup yang tidak aktif.

- Kehidupan yang tidak aktif seperti pergi Kuliah>Kafe>Katil sebagai pelajar dan mungkin juga kehidupan seorang pekerja Tempat kerja>Rumah>Tempat kerja menjadikan anda seorang yang pasif dan tidak biasa dengan aktiviti lasak atau pun aktif bersenam/bergerak.

8. Pekerjaan anda yang "STRESS"

9. Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan-jangkitan lain.







Salam sayang,
Niza Ahmad.



Continue Reading