السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Thursday, 23 July 2015

Vivix Melambatkan Penuaan Pada Tahap SELLULAR!

Penyelidikan canggih sejagat untuk menentang PENUAAN  selular dan perkongsian penyelidikan  bertahun-tahun dengan saintis terkemuka telah menghasilkan Vivix –penemuan saintifik yang hebat dari Shaklee. Hanya Vivix mengandungi  adunan @fitonutrien proprietary, yang memanfaatkan kuasa Anggur Muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10x lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular.

Awet Muda



4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular
1.     Kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetic , menghasilkan satu ‘typo’ (kesilapan dari yang asal) yang akan menganggu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.

2.      Pengawalan Genetik
Pengawalan Genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular.

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3.     Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun oleh sel-sel
Mitochondria (Penjana Tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan  biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.


4.     Penimbunan Protin AGE
Penimbunan berlebihan Protin AGE (Advanced Glycation End product) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan menganggu keutuhan sel dan panjang umur.


Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan  unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan Protin AGE.

Semoga Bermanfaat. =)

Continue Reading

Wednesday, 8 July 2015

Hormon ft Bahagia?

Assalamualaikum wbt,
Salam 21 Ramadhan 1436hijr.



Kebahagiaan adalah keadaan minda, dan ini bergantung kepada interaksi kompleks bahan kimia di dalam otak (hormon). Ketersediaan hormon-hormon ini bergantung kepada makanan yang kita makan dan interaksi dengan persekitaran luaran. Satu rasa keputusan kesejahteraan apabila tindakan mereka berada dalam julat normal. Terlalu banyak atau terlalu kurang boleh dimanifestasikan sebagai kemurungan masing-masing.

Dopamine



  • Dopamine adalah satu neurotransmitter yg melarang. Apa yang dimaksudkan dengan 'melarang'? iaitu bermaksud bahawa ia menghalang penghantaran impuls seluruh reseptor.
  • Dopamine sangat berkait rapat dengan mekanisme ganjaran di dalam otak. 
  • Bahan-bahan seperti kokain, candu, heroin, alkohol dan nikotin adalah diantara bahan-bahan yang mampu meningkatkan tahap dopamine. 
  • Dopamine berfungsi untuk mewujudkan rasa puas dan bahagia
  • Dopamine terutamanya dirembeskan dalam saluran nigro-striatal (black-striatal) di mana ia berfungsi dalam kawalan mood.



Serotonin





  • Serotonin (5-hydroxytryptamine) adalah neurotransmitter monoamine yang terlibat dalam aktiviti pelbagai tingkah laku termasuk tidur, selera makan, rangsangan dan seumpamanya.
  • Aktivitinya adalah berkait rapat dengan perubahan dalam personaliti dan mood dan juga dikaitkan dengan kemurungan. Serotonin mencegah kemurungan dan membuat seseorang bahagia.
  • Ia dikeluarkan pada pendedahan kepada cahaya matahari, dengan memakan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan semasa latihan. 
  • Laman utama badan-badan sel serotonin dalam pons atas(otak yang terletak di atas medulla oblongata) dan otak tengah.
  • Variasi makanan di tryptophan boleh menjejaskan paras serotonin di dalam otak. Kekurangan tryptophan dalam diet menyebabkan kerengsaan dan kelaparan. 
  • Serotonin adalah sejenis hormon yang telah dijumpai untuk mendorong tidur, melegakan kebimbangan dan meningkatkan rasa kesejahteraan . 
  • Hipotesis pada gangguan perasaan menyatakan bahawa kemurungan dikaitkan dengan terlalu sedikit serotonin dan mania yang dikaitkan dengan terlalu banyak serotonin.



Oxytocin



  • Hormon ini kadang-kadang disebut sebagai 'hormon cinta' kerana ia dirembeskan sebagai tindak balas kepada puncak syahwat, pengiktirafan sosial dan hubungan.
  • Kadar hormon oxytocin didapati berkurangan dengan pertemuan sosial yang negatif seperti satu penghinaan dan pemikiran negatif. 
  • Makanan yang kaya dengan protein, minyak dengan HDL dan buah-buahan (avokado dan pisang) adalah disyorkan untuk meningkatkan kadar hormon ini.
  • Pelepasan hormon ini meningkat berikut interaksi sosial yang positif boleh memberi impak yang positif dalam pemulihan daripada penyakit.



 Endorfin




  • Bahan kimia ini menjadikan kita berasa baik, mengurangkan kesakitan dan keresahan
  • Hormon yang terlibat dalam pengawalan tekanan, kesakitan, dan mood. 
  • Mereka juga bertanggungjawab untuk tinggi pelari itu, ciri-ciri rasa keghairahan yang berlaku pada melakukan senaman fizikal yang berpanjangan. Endorfin juga dikeluarkan semasa aktiviti seksual dan pergerakan badan yang berirama.










Continue Reading

Thursday, 18 December 2014

7 Sebab Air Penting Untuk Tubuh Manusia

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

TAHUKAH ANDA?

Badan manusia terdiri daripada 60% cecair! Manakala organ terpenting iaitu OTAK mengandungi 75% air.
MasyaAllah.

Jadi jelaslah air merupakan elemen yang penting untuk tubuh manusia untuk pastikan tubuh manusia mampu bekerja pada tahap maksimum dan minda lebih cergas. 😄

MENGAPA AIR PENTING?

1. Memastikan air dalam tubuh sentiasa mencukupi bagi mengawal suhu badan pada tahap normal.

2. Memastikan organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik.

3. Membantu buah pinggang dan hati menyingkirkan toksin dan bahan kumuhan dengan efisyen.

4. Bertindak sebagai pembawa nutrien dan oksigen ke semua sel dalam badan.

5. Pelincir sendi untuk mengelakkan masalah sakit sendi dalam jangka masa panjang.

6. Melarutkan mineral dan nutrien supaya mudah di serap.

7. Melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Sebaiknya minum air selepas bangun tidur sebelum memberus gigi.

Kita selalu di fahamkan agar mengambil air sebanyak 8 gelas atau 2liter sehari.

Sebenarnya air yang diperlukan oleh tubuh bergantung pada BERAT Individu.
25kg = 1liter air.

Mari sama-sama mengamalkan jumlah air yang cukup di perlukan bagi memastikan tubuh dan minda yang cergas.

Road to Produktif Mukmin!
with love,
Niza Ahmad.

Sumber : Majalah Gen-Q (isu 39)

Continue Reading

Wednesday, 12 November 2014

Kenapa Saya tak suka Panadol / Paracetamol?


Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

Salam hormat, salam tengah hari, salam rabu dan salam sejahtera. >_<
Beberapa hari lalu, atau mudah katanya minggu lepas.
Ya.
Minggu lepas merupakan minggu stress, minggu serabut, minggu sakit kepala.
Hectic week la katakan.
Dengan assignment nya, dengan presentationnya, dengan mid term test nya.
Makanya, ramai la yang di serang sakit kepala,demam dan sebagainya.
Common,people akan cari panadol bila sakit kepala,demam atau di serang sakit2 sedemikian.
Bagi saya yang dah lama meninggalkan panadol, i think 'why panadol?'
hehe.


Sejujurnya,saya tidak suggest panadol as fast track atau jalan pintas untuk hilangkan sakit sekarang. Kerana anda akan merana for long time effect!

Tahukah anda?
Panadol mampu


-Merosakkan hati

-Tinggal di dalam tubuh sekurang-kurangnya 5Tahun! *Penghuni yang tak bayar deposit pun nak tinggal dalam tubuh kita. Bayangkan selama 5tahun lepas,dah berapa banyak panadol yang anda telan dan dah berapa banyak panadol yang terkumpul dalam tubuh atau usus anda? *



Adakah anda pernah terfikir?

-Kalau dulu zaman sekolah menengah gitu, ambil panadol sebiji dah boleh relief pain. Tapi sekarang ambil 2-3biji panadol pun masih atau belum tentu hilang sakit kepala atau sakit-sakit lain tu? Perlu telan 4-5biji dulu baru berkesan?
Hal ini di sebabkan,terbiasanya kita mengambil panadol itu menjadikan tubuh kita tidak 'lut' lagi pada kesan panadol.



Buah pinggang yang selalu memproses apa-apa yang selalu kita telan tu dah 'jemu' proses panadol ni.
Kesannya, di awal usia dah kena jalani rawatan dialisis.
Ngeri kan?
Sayangi tubuh buah pinggang anda,sayangi organ anda,sayangi tubuh anda.
Kerana ianya anugerah tak ternilai yang Allah titip untuk kita jaga dan manfaatkan. :)

Jadi sebagai alternatif untuk menghilangkan sakit kepala dan sakit-sakit manja tu, bole la cuba

-Minum air masak (walaupun tak sakit) sekurang-kurangnya 8gelas sehari.
-Minum minuman isotonik yang di campur dengan air masak.(nisbah 1:1 atau 1:2 > air isotonik : air masak)


Untuk maklumat lanjut,
Sila Hubungi 

Continue Reading

Mengapa Perlu Vitamin?

Bismillah..
Assalamualaikum wbt.

Salam hormat. Salam sejahtera. (^_^)v
Hari-hari saya di temukan dengan pelbagai jenis dan spesis manusia.
ya. Allah ciptakan manusia itu berbeza-beza untuk kita saling mengenali. gituuu..
Ok.
Entri kali ni nak saya kongsikan. 
Mengapa Kita Perlu vitamin?
Mengapa Vitamin itu penting?
Penting? Ya. Semestinya penting untuk anda dan saya juga semestinya!

Hal ini kerana:-

Mengapa Vitamin Adalah Penting?

1. Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin.

- ya. Tubuh manusia itu berbeza, gaya hidup dan biological tubuh kita mungkin mempengaruhi kuantiti vitamin yang diperlukan dalam tubuh kita untuk melancarkan fungsi sistem dan organ dalam tubuh manusia.

2. Buah-buahan dan sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak/kurang subur.

- ahaa.. ini antara faktor-faktor yang menjadikan buah-buahan atau sayur-sayuran tidak cukup nutrisi atau kurang subur. seperti entri saya sebelum ni menyentuh tentang GMO.

3. Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak.

- Semasa proses memasak, suhu yang tinggi mampu menjadikan zat-zat yang terdapat di dalam sayur atau sumber vitamin dan nutrisi kita hilang.

4. Gaya hidup kita mungkin menganggu penyerapan zat makanan.

- Gaya hidup yang kurang sihat seperti mengamalkan rokok, minuman dan makanan yang tidak berkhasiat juga menjadikan kita perlu akan nutrisi.

5. Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan makanan kita.

- Hidangan makanan kita seharian barangkali tidak cukup kesemua nutrisi yang di perlukan tubuh.

6. Anda mungkin terlalu kerap makan di luar.

- Yesss.. Sebagai seorang pelajar, saya salah seorang insan-insan yang kerap makan di luar berbanding masak sendiri. 

7. Gaya hidup yang tidak aktif.

- Kehidupan yang tidak aktif seperti pergi Kuliah>Kafe>Katil sebagai pelajar dan mungkin juga kehidupan seorang pekerja Tempat kerja>Rumah>Tempat kerja menjadikan anda seorang yang pasif dan tidak biasa dengan aktiviti lasak atau pun aktif bersenam/bergerak.

8. Pekerjaan anda yang "STRESS"

9. Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan-jangkitan lain.







Salam sayang,
Niza Ahmad.



Continue Reading

Tuesday, 4 November 2014

Omega Guard Shaklee

Bismillah..
Assalamualaikum,,

Tari menari jari jemari menaip di hening pagi, di kala housemate-housemate sekalian nyenyak di ulit bantal dan tilam. ewahh.

Hot jadinya ingin tahu dan berkongsi. Mana tidaknya lalu dan lintas di newsfeed jammed sibuk memperkatakan tentang Omega Guard Shaklee, Of course, pilihan berkualiti dan menjadi pilihan utama di kala berat naik bagai belon yang di pam-pam. Apatah lagi, Saat ini! November 2014 membawakan tawaran haibattt promosi Omega Guard Shaklee Beli 6, Dapat 7. 
Eh, cemane plak tu?
takpe, meh terjah dulu apa yang syookkk sangat Omega ni.??
Ha. Jawab-jawab...

Kandungan Omega Guard Shaklee

1. Omega-3 EFA (330 mg) 

EFA : Essential Fatty Acid
- Mendokong sistem kardiovaskular, reproduksi
- Kekebalan tubuh serta susunan taraf
- Tubuh manusia memerlukan EFA ini untuk membina dan memperbaiki sel membran.

2. EPA (180 mg)

- EPA tidak dapat di hasilkan oleh tubuh badan sendiri. Makanya, ia di peroleh dari ikan perairan laut dalam yang dingin.
- EPA penting untuk kesihatan mata dan otak.
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu memperbaiki kelikatan darah
- Membantu menurunkan paras KOLESTROL dan memperbaiki kesihatan jantung

3. DHA (120 mg)

- Menyokong fungsi Otak Sihat
- Membantu menyokong fungsi mental dan kognitif
- Melaraskan transmission impulse saraf.

Kenapa saya pilih Omega Guard SHAKLEE >_<



Secara umumnya nak bagitau nyaaa.. 

Omega Guard Shaklee mampu memberi MANFAAT bagi anda

1. Mengekalkan tekanan darah normal

2. Merendahkan kolestrol

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung

4. Mencegah penyakit gout

5. Mengawal masalah obesiti

6. Meningkatkan perkembangan memori

7. Mencegah saluran dari Tersumbat

8. Mencegah INSOMNIA dan mengurangkan tekanan

9. Memelihara fungsi-fungsi Sendi

10. Menyihatkan paru-paru


dan banyaaakkkkk lagi kalau nak cerita manfaat yang boleh didapati dari Omega Guard (baca ; minyak ikan) ni.

Bersepah je di pasaran produk-produk minyak ikan. Tapiii, kenapa Shaklee pilihan saya?

Kenapa Omega Guard Shaklee Pilihan saya?

  • Dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen. 
  • Tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi.
  • Omega guard (minyak ikan ) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. 



Siapa yang perlukan Omega Guard Shaklee??

Jika anda:
1. Pelajar
2. Kanak-kanak
3. Dewasa
4. Remaja

Kesimpulannya, semua peringkat usia perlukan Omega Guard untuk kemaslahatan 
-Minda
-Jantung
-Peredaran Darah
-Sendi
-Paru-paru

dan banyaaakkk lagi.

*Sila hubungi SID hebat anda untuk konsultasi PERCUMA*

TAWARAN NOVEMBER 2014!




Tawaran hebat berGANDA-GANDA!


Sebarang pertanyaan lanjut,
Sila hubungi






Continue Reading

Monday, 20 October 2014

Kenapa Perlu Elakkan GMO?

Assalamualaikum wbt..

Apa itu GMO?

GMO : Genetically Modified Organism.

Atau dengan kata lainnya adalah Organisma yang di ubah secara genetik melalui proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki.

Kenapa perlu elakkan GMO

Adakah GMO selamat di gunakan?

Berdasarkan kutipan kajian yang di buat oleh American Academy of Environmental Medicine (AAEM)ke atas haiwan menunjukkan:
-Kerosakan Organ
-Keosakan sistem Pencernaan
-Gangguan Sistem Imun
-Proses Penuaan yang cepat
-Kemandulan

Kajian terhadap manusia pula menunjukkan bagaimana makanan yang di ubah secara genetik (GMO) boleh meninggalkan kesan bahan kimia dalam diri kita. Ia boleh menyebabkan masalah jangka masa panjang. Sebagai contoh, gen DNA yang dimasukkan ke dalam soya boleh ditinggalkan di dalam bakteria yang terdapat dalam tubuh kita. Selain itu, racun serangga yang berbahaya yang di dapati di dalam jagung juga bole di dapati di dalam darah ibu hamil dan janin dalam kandungan mereka. Hal ini menunjukkan bahayanya kesan makanan yang melalui proses GMO terhadap tubuh manusia .

Setelah GMO diperkenalkan pada tahun 1996, masalah kesihatan meningkat dan peratusan rakyat Amerika dengan tiga atau lebih penyakit kronik melonjak daripada 7% kepada 13% dalam masa 9 tahun; 
Masalah-masalah yang di hadapi manusia berpunca dar GMO:
-alahan makanan melambung tinggi
-gangguan seperti autisme
-gangguan pembiakan
-masalah pencernaan 
dan lain-lain yang sedang berkembang. Walaupun tidak ada kajian yang cukup untuk mengesahkan bahawa GMO adalah faktor penyebabnya, doktor kumpulan seperti AAEM memberitahu kita untuk tidak menunggu sebelum kita mula melindungi diri kita sendiri, dan terutamanya anak-anak kita yang paling berisiko. 

American Public Health Association dan Persatuan Jururawat Amerika adalah di antara banyak kumpulan perubatan yang mengutuk penggunaan GM hormon pertumbuhan lembu, kerana susu dari lembu yang dirawat mempunyai lebih banyak hormon IGF-1 (insulin seperti faktor pertumbuhan 1) -yang dikaitkan kepada kanser. 


Ini serba sedikit kesan melalui pengambilan makanan yang melalui proses GMO.

Boleh baca lanjut di laman ini.

Semoga bermanfaat.



Continue Reading