السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday, 30 November 2021

Resepi Nasi Kerabu

Nasi Kerabu ni nak kata feveret all the time tidak jugak. Tapi being a 'Woman' ni memang ada mood nak makan sesuatu tu secara spesifik kan?

Kisahnya,  Jadilah Nasi Kerabu versi Hari Jumaat (sebab kaler hijau) 


Padahal sebab takde bunga telang atau pewarna biru. Dulu ada kat tepi rumah, habis ku racun sekali rumput. Sekarang mencari, takde. Adan uke.

So, kalau uolls nk mencuba bole la cuba resepi pestime Niza ni selepas menggodek resepi dari chef google.





Anggaran 2-3orang makan je

Bahan²:
#Sambal1
- 3sudu bawang besar/merah blender
- 1 sudu bawang putih blender
- 1batang serai dititik
- 2 sudu makan budu
- 1/2 cawan santan (niza guna santan kotak kara)
- sedikit garam, perasa, gula
- sedikit air
- minyak untuk menumis
- halia 1 inci cincang atau blender dengan bawang tadi.
- 1sudu setengah cili kering yang di blender (ikut tahap kepedasan yang uoll nak)

Cara²:
- Tumis bawang besar, bawang putih, halia.
- Masukkan serai, kacau sampai wangi. Masukkan cili kering sampai pecah minyak
- Masukkan santan, dan sedikit air. Kacau rata. Jgan biarkan lama tak dikacau takut santan tu berketul.
- Masukkan budu, kacau lagi.
- Masukkan gula, perasa, garam(letak sikit dulu n rasa takut terlebih masin sebab budu dah masin).
- Masak sampai mendidih, dah siap.

#Sambal2
Bahan² :
- 10-12tangkai cili padi
- setengah ruas jari kelinking belacan 🤣
- sedikit garam, gula

Cara² :
- blend semua, dah siap. Part ni paling suka sebab senang 🤣🤣

#KelapaIsiIkan (maafkan den oqhang kedah. Ku taktau apo namanya benda ni 😝)
Bahan² :
- 1 cawan kelapa parut di goreng tanpa minyak sampai kering
- 4 ekor ikan direbus dengan sedikit garam
- 2batang serai potong halus
- 3 sudu bawang blender ( atau 3biji bawang merah)
- sedikit gula, garam, perasa

Cara²:
- Tumbuk kesemua bahan. Agak tak muat, tumbuk la sikit². Last sekali gaul semua bagi rata.

#Nasi
Bahan²:
- beras
- air bunga telang/pewarna biru/hijau (Niza guna pewarna hijau je)
- 50ml susu cair (optional)
- 2 helai daun pandan ikat tepi 👻

Cara²:
- basuh beras n masukkan susun air ikut sukatan macam masak nasi biasa aje laa..
- masukkan daun pandan untuk bau wangi.
- secubit garam, kulit kayu manis, bunga lawang sekuntuk campak sekli dalam periuk. Dah tekan suis biar sampai dia msak 😝

#SayurUlaman
Bahan²:
- kobis
- kacang panjang
- Bunga Kantan
- Daun kesum

Potong semua halus² dan gaul semuanya.

Lauk tu korang goreng la ayam ke ikan ke celup tepung terpulang la. Ikut tekak masing²

Bawang tu kebanyakan niza ikut sukatan sudu sebab kat rumah ni memang niza suka blend sesiap bawang buat paste.

Sekian resepi versi nubis 🤭



Continue Reading

Endometriosis Punca Sukar Hamil

 

Sekilas Endometriosis

-Penyakit tisu bahagian dalam Rahim (endometrium)yang tumbuh di luar Rahim (tempat lain).

-Menyebabkan tisu endometrial menebal dan ‘berdarah’ (datang bulan) pada setiap kitaran haid. Tisu ini jika tidak disingkirkan akan menyebabkan terjadinya keradangan pada kawasan tersebut.

-Darah haid yang terkumpul di kawasan tadi boleh menjadi punca kepada cyst.




 

Punca Endometriosis

  • Retrogade Menstruation

Period terlalu banyak dan darah haid ‘naik’ balik ke tiup fallopian & keluar ke bahagian abdomen.

Pesakit endometriosis menghasilkan darah haid lebih banyak berbanding orang biasa.

 

  • Coelamic metaplasia

Sel dalam pelvis boleh bertukar dengan sendirinya kepada sel endometrium.

 

Bagaimana Endometriosis boleh menyebabkan ketidaksuburan?

- Berlakunya keradangan (inflammation) pada kawasan terlibat (kawasan terdapat sel endometrium selain Rahim).

- Keradangan yang kronik akan menganggu struktur dan fungsi organ di dalam kawasan pelvis (organ peranakan di dalam pelvis akan melekat satu sama lain)


1. KESAN TOKSIK

- terhasil ‘cytokine’ dari keradangan yang berlaku yang menyebabkan ketidaksuburan.

 

2. CYTOKINE YANG TINGGI

- Menganggu fungsi ovary dalam penghasilan ovum.

 

3. KERADANGAN YANG KRONIK

- Menyebabkan struktur dan lokasi organ peranakan seperti Rahim, ovary,tiup fallopian berubah dan tersumbat (sperma tidak mampu menembusi dan bersenyawa dalam ovary).


Cara Mengatasi Endometriosis

Endometriosis asasnya tidak dapat diubati secara semulajadi melainkan dengan rawatan perubatan. Namun, Endometriosis dapat di elakkan dengan beberapa perubahan gaya hidup yang sihat.


1. Menjaga Pemakanan

Ada teori yang mengatakan bahawa pemakan yang berlemak mempnegaruhi penghasilan Prostaglandin dalam tubuh wanita. Penghasilan Prostaglandin yang tinggi akan  mempengaruhi paras estrogen yang tinggi dan sekaligus mempengaruhi pemebentukan Endometrium.

Terdapat juga kajian yang menyatakan individu yang gemar memakan sayuran hijau dan buah segar membantu dalam penurunan risiko endometriosis. Wanita yang gemar memakan daging merah lebih memiliki risiko yang lebih tinggi.

Makanan seperti makanan proses, produk tenusu (seperti keju, dll) juga gula akan meningkatkan risiko keradangan dalam tubuh.

Selain dari memperbanyakkan makan sayuran hijau dan buah-buahan segar, kajian juga menyatakan mengurangkan makan yang menyebabkan keradangan jugak membantu menurunkan risiko menghidapi Endometriosis.

Makanan atau Suplemen anti-radang juga membantu dalam menurunkan risiko Endometriosis.

 

2. Bersenam secara berkala

Satu kajian menyatakan Wanita yang kerap bersenam secara berkalaseperti joging, aerobik dan berbasikal mempunya risiko yang lebih rendah  untuk terkena endometriosis.

Bagaimana bersenam dapat membantu mengurangakn risiko endometriosis?

a) Melancarkan pengaliran darah ke seluruh organ tubuh

b) Mememlihara nutriri dan aliran oksigen ke sistem tubuh

c) mengurangi stress

d) Membawa hormon Endorfin ke dalam otak yang dapat mengurangkan rasa sakit.


3. Hindari Stress

Gejala Endometriosis akan bertambah teruk jika seseorang dalam keadaan stress. Pengawalan stress dengan teknik pernafasan, menghindari situasi yang stress dan bertenang dapat mengurangkan penghasilan hormon stress.


Kuncinya disini adalah, seseorang harus mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

 

Sumber :

Thediagnosis.com

Myhealth.gov.my

Hellosehat.com

Continue Reading

Tuesday, 10 August 2021

Azizul Hasni Awang di Olimpik Tokyo 2020

Tahniah Malaysia! Masih belum reda demam Olimpik Tokyo 2020 yang di tunda ke Tahun ini akibat Pandemik Covid19. 


Alhamdulillah hari ini kita nak bercerita tentang Pingat Perak yang dimenangi oleh Dato' Azizul Hasni dalam acara Keirin. 


Apa acara Keirin ni sebenarnya? 

Keirin ni berasal dari Jepun yang membawa maksud 'Perlumbaan Beroda' yang mana acara ini mulanya dimainkan sebagai acara Perjudian pada tahun 1948 seperti acara lumba kuda. 

Acara Keirin mula diiktiraf sebagai acara rasmi oleh Union Cycliste International (UCI) - Persekutuan Basikal Antarabangsa. 

Pada Tahun 1996, acara Keirin dimasukkan ke dalam mesyuarat jawatankuasa Olimpik untuk diundi sama ada hendak dimasukkan sebagai acara rasmi Olimpik dan secara rasmi nya acara  Keirin dimasukkan sebagai acara rasmi Olimpik. 

Pada Tahun 2000 di Olimpik Sydney, acara Keirin mula dimenangi Pengayuh dari Perancis, Florian Rousseau. Dan diikuti oleh Sir Chris Hoy dari Britain yang memenangi Pingat emas sebanyak dua kali semasa Olimpik 2008 dan 2012. 


Pingat Perak Hadiah Azizul Hasni buat Malaysia

Melihat kepada Progress Malaysia dalam acara Keirin sejak Tahun 2008, Beliau menunjukkan peningkatan dalam setiap Kejohanan Olimpik. 

2008 (Olimpik Beijing) - Tempat ke 10
2012 (Olimpik London) - Tempat ke 6
2016 (Olimpik Rio) - Tempat ke 3
2020 (Olimpik Tokyo) - Pingat Perak buat Malaysia! 

Pingat Perak Keirin



Tahniah Sekali lagi buat Malaysia dan Dato' Azizul Hasni khususnya. 
Semoga di masa akan datang lebih ramai wajah-wajah baru dan perintis Malaysia dalam acara Keirin seperti yang kita dapat lihat perintis trdekat adalah shah Firdhaus. 

Kemenangan ini menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia dalam membawa nama negara di persada dunia. 




Continue Reading

Wednesday, 20 January 2021

Resepi Chicken Chop Homemade Lengkap & Mudah

Bila Negara dan dilanda gelombang kedua Covid19, automatik mood rajin masak menjelma kan? haha
Korang macam tu jugak ke?

So, hari ni Niza nak share Resepi mudah yakmattt Chicken Chop Homemade. Resepi ni dah di olah dari beberapa resepi yang Niza 'kaji' sebelum ni. Kaji ye uolls. ><

Dan Niza olah mengikut kesesuaian citarasa dan bahan di dapur idaman ku ini.

Jadi, kalau korang nak cuba boleh check it out!


#Chicken Chop
Bahan-bahan (untuk 2 orang) 
1. Ayam Whole leg 2 ketul (Niza guna ayam whole leg yang ada tulang je sebab masa beli ayam tu minta potong asing sesiap bahagian whole leg tu)
2. Sos blackpepper 
3. Sos tiram
4. 1biji bawang besar (saiz sederhana) dikisar
5. 3ulas bawang putih dikisar
6. Mixherb
7. 2 sudu besar madu

Cara-cara
1. Perap semua bahan semalaman. Kuantiti sos tu agak-agak korang je ye. Sesedap rasa je. Niza tak boleh nak bagi kuantiti tepat ebab sejenis Niza campak-campak seadanya 😆
2. Keesokan harinya untuk makan, korang bakar dalam air fryer/ oven dengan suhu 150 darjah dalam 45minit -1 jam sampai masak la.


#Mashed Potato
Bahan-Bahan
1. 2-3 biji Ubi Kentang direbus lembut dan toskan
2. Serbuk lada sulah
3. Serbuk lada hitam
4. Sedikit garam (optional)
5. Fresh Milk

Cara-cara
1. Lenyekkan kentang yang dah direbus tadi hingga hancur bersama 3-4sudu fresh milk (tujuan untuk bg lembut dan creamy).
2. Masukkan kesemua bahan lain sesedap rasa dan kacau sebati.


#Blackpepper Gravy
Bahan-Bahan
1. 1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
2. 1 ulas bawang putih dipotong dadu
3. 1 kiub pati ayam
4. 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
5. Sedikit Garam
6. Fresh Milk
7. Sos Blackpepper

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk halus bersama sedikit sos blakpepper(agak-agak je)
3. Masukkan kiub pati ayam dan garam, kacau sebati.
4. Masukkan 1/4cawan fresh milk dan bancuhan tepung jagung. Masukkan sedikit air kalau terlalu pekat. Kacau hingga masak/mendidih. Siap!

#Fries
yang ni korang beli je la kat pasaraya, balik goreng dalam kuali atau air fryer. siap! kan senang tu 😝

Ladt but not least, korang gabungkan lah kesemuanya dalam satu pinggan bersama Salad, tomato idaman hati supaya lengkap piramid makan ha cenggitu ye. haha.




Dah siap, jangan lupa snap dan tag Niza.

tu jeee.. dah siap! senang kan?
Semua bahan mudah dan ready kat dapur je..

Apa lagi? Selamat Mencubaaa 💗

Continue Reading