السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, 17 August 2022

Jenis-jenis Makanan Tambahan Anda Perlu Tahu

 

Perbezaan Jenis Makan Tambahan

Sejak beberapa tahun kebelakang ini banyak jenama-jenama baru yang tumbuh dalam industri makanan tambahan. 

Banyak jugak yang menyatakan produk mereka adalah berasaskan semulajadi.

Tapi sebagai pengguna, yang mana harus kita pilih untuk memastikan ketulenan semulajadi yang sebenar?

Makanan tambahan yang di ekstrak dari sumber semulajadi (cth : Vitamin c yang di ambil dari sumber buah citrus) tetapi diproses dengan tekanan tinggi, bahan kimia, pengawet dan pemanis tiruan juga menyatakan nutriri yang dihasilkan dari sumber semulajadi. 

Adakah ianya penipuan?

Bagi mencapai tujuan itu, sebagai pengguna bijak, perlu kita tahu bahawa dalam pasaran hari ini terdapat 3 Jenis Makanan Tambahan.




 

Nutrien Semulajadi : 

Nutrien pekat yang diperoleh dari sumber semulajadi yang berkualiti tinggi.

Matlamatnya ialah bagi penyimpanan bahan semulajadi yang maksimum. Tidak menggunakan pewarna tiruan,pemanis tiruan atau bahan pengawet.

Sesuatu sumber semulajadi akan mengandungi ko-faktor yang biasa terdapat Bersama nutrient tersebut dalam bentuk semulajadinya.

Cthnya : Vitamin C dari sumber aslinya mempunyai pelbagai Bioflavonoid.

Walaupun pelbagai teknologi canggih digunakan,usaha-usaha juga turut perlu diambil untuk menjamin penghasilan makanan tambahan dari sumber semulajadi itu masih kekal berharmoni dengan alam semulajadi.

Nutrien Tiruan / Sintetik:

Nutrien yang diperbuat/dihasilkan oleh struktur kimia. Kebanyakan nutrient ini dihasilkan dalam persekitaran makmal bersumberkan tar arang batu. Tiada mengandungi ko-faktor.

Pemencil Organik : 

Nutrien khusus dipencilkan dari suatu sumber semulajadi. Ia biasanya dihasilkan menggunakan haba , tekanan tinggi dan pelarut kimia yang kuat. Ko-faktor ada pada nutrient semulajadi terhapus ataupun rosak tanpa diganti.


Setelah mengetahui ciri-ciri 3 jenis Makanan Tambahan ini, wajarlah kita memilih jenama yang benar-benar menghasilkan makanan tambahan yang 100% semulajadi tanpa terjejas kandungan asal sumber nutrisi tersebut. 


Manfaat/ Ciri-ciri Makan Tambahan Semulajdi Berbanding Pemencil Organik atau Tiruan:

  1. Tidak dicampurkan bahan kimia
  2. Penyerapan oleh badan secara optimum dan tidak terganggu oleh bahan pengikat dan bahan pengisi.
  3. Tidak menggunakan pemanasan berlebihan, tekanan atau pelarut toksik
  4. Terdapat banyak ko-faktor
  5. Penyalut tablet bersumberkan bahan semulajadi untuk penggunaan yang baik. Cth, Spirulina semulajadi yang menyalut vitamin/mineral berganda (Vita-Lea)
  6. Tablet tidak disalut dengan bahan gula atau bahan kimia.
  7. Nutrien tersedia dari sumber bahan mentah yang berkualiti tinggi.

Continue Reading

Thursday, 11 August 2022

Promosi Set Hamil : Ogos 2022

 


Set Hamil Shaklee

Ramai yang risau bila time pregnant ni hormon disaster unexpected betul.

Kadang dia datang tak lalu nak makan, nak makan pun yang tidak² ja.
Kadang dia datang letih lesu nak mangkit pun tak larat, keja bak baring tidooqq ja.

Pergi check up, kena bebel oulak berat ringan sangat la, kadang berat sangat pun ada.

Belum kira lagi yang ada GDM, low Hb an macam-macam cabaran sepanjang pregnancy.

Jadi macam mana nak atasi?

Haa..

Ni la dia 'assistant' kebanyakan ibu-ibu hamil sejak 20+ tahun lepas.

❤️ESP

Protein tumbuhan yang lengkap dengan 9 jenis amino asid perlu TANPA perlu runsing lemak dan kolestrol macam ambil protein haiwan.

Protein ni bantu boost energy buat yang asyik lesuu takdak temaga sepanjang pregnancy.

Yang penting lagi, Protein ni sangat-sangat la penting untuk pembentukan sel, organ, otot, kulit baby.

Protein juga bantu menguatkan rahim ibu ya!

❤️Vitalea with Iron Plus

Multivitamin lengkap 28 jenis Vitamin dan Mineral untuk membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan baby dalam kandungan.

Multivitamin ni sangat pemting sepanjang pregnancy ya terutama buat ibu yang ada anemia/hb low/mudah pitam dan yang kurang selera makan.


❤️ B-complex with Acid Folic

Mengandungi 8 jenis Vitamin B termasuk asid folik untuk fungsi saraf dan tumbesaran janin.

Asid folik jugak penting untuk elakkan masalah kecacatan tiub saraf seperti 'Spinal Bifida'.

Bcomplex juga penting dalam mengawal stress tau!


PROMOSI ISTIMEWA OGOS 2022!


Dapatkan Promosi Belian Set Hamil/Prenatal dengan 
-PERCUMA Setong ESP 
-PERCUMA Keahlian dan Penghantaran.






Continue Reading

Kehamilan Sihat & Cergas dengan Set Hamil Shaklee

 

Set Hamil Shaklee

Tempoh Kehamilan merupakan tempoh yang mencabar buat ibu-ibu tak kira kehamilan yang keberapa kali sekalipun kerana setiap kehamilan mungkin memberi pengalaman dan cabaran berbeza bagi setiap Ibu. 

Terutama buat pengalaman kehamilan yang pertama, banyak yang perlu dipelajari sebagai persiapan dan kesediaan dalam menghadapi tempoh  yang bermakna bergelar ibu ini.


CABARAN SEMASA KEHAMILAN

Lain kehamilan, lain pengalaman nya. Kebanyakan cabaran semasa kehamilan termasuklah :

1. Alahan
2. Loya/Pening/Muntah
3. Kegatalan
4. Tiada selera makan
5. Letih/Lesu/Malas
6. Sesak nafas
7. Anemia/Pitam

Namun begitu, setiap pengalaman dan cabaran yang dialami si ibu kemungkinan kerana perubahan hormon yang berlaku dan ia hanyalah sementara dan mampu di atasi dengan pemakanan Sihat dan lengkap nutrisi untuk kesihatan ibu dan bayi yang di kandung.


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA KEHAMILAN

1. Makanan Segera dan Diproses
Makanan segera dan makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet yang boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Selain itu, makanan ini mempunyai kandungan  nutrisi yang sangat rendah dan kemungkinan mempunyai kalori, kolestrol, gula yang tinggi.

2. Makanan Laut
Kebanyakan makanan laut mempunyai kadar merkuri yang tinggi yang mampu membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan. Walaupun ianya mempunyai kandungan protein dan Omega-3 yang baik untuk kandungan, ibu hendaklah memilih makanan laut yang selamat dan mempunyai kadar merkuri yang rendah.

Elakkan dari mengambil ikan seperti todak, Kerang serta makanan laut mentah seperti tiram mentah,sashimi kerana mempunyai risiko pencemaran 'Listeria' dari Bakteria Lesteria monocytes dan kurangkan pengambilan ikan tuna, salmon dan tenggiri.

Jangkitan akibat bakteria ini boleh menyebabkan :
-Kecacatan Kelahiran
-Keguguran
-Kematian Bayi
-Kelahiran pra-matang
-Jangkitan lain yang mengancam nyawa bayi

3. Makanan Yang bergula
Ibu Hamil memerlukan kalori makanan yang lebih tinggi berbanding biasa untuk menampung tumbesaran bayi. Namun makanan yang mengandungi gula yang tinggi sangat berbahaya untuk kandungan dan berisiko mendapat diabetes semasa kehamilan.

4. Kafein
Ibu hamil perlu elakkan makanan dan minuman berkafein seprti kopi, teh dan coklat.

Kafein berlebihan boleh menyebabkan gugup, resah, sukar tidur dan mudah marah.


RISIKO KEKURANGAN NUTRISI KETIKA KEHAMILAN

Kecukupan nutrisi semasa kehamilan sangat penting untuk menggalakkan tumbesaran janin dan bayi dalam kandungan.

Kekurangan nutrisi boleh menjejaskan kandungan samada kepada ibu atau bayi.

1. Kekurangan Zat besi dalam pemakanan boleh menyebabkan hb low atau anemia yang boleh merisikokan ibu untuk mudah pengsan atau pitam

2. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan gigi ibu rapuh bahkan berisiko untuk mengalami Osteoporosis.

3. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan saraf atau tiub neural bayi yang membentuk tulang belakang dan otak bayi.


Spinal Bifida



SET HAMIL SHAKLEE

Set kehamilan shaklee yang di syorkan terdiri daripada Nutrisi penting yang diperlukan oleh semua golongan bahkan ibu hamil memerlukan lebih lagi nutrisi untuk menyokong tumbesaran janin dan bayi dalam kandungan.

Set Hamil Shaklee


1. ESP
Energizing Soy Protein - ESP merupakan sumber protein soya non-GMO yang lengkap dengan 9 Jenis Amino Asid Perlu yang penting untuk membentuk otot dan organ bayi.
Protein juga merupakan blok asas yang penting untuk pembaharuan dan pembinaan sel-sel, hormon dan enzim tubuh.

Protein juga menjadi sumber tenaga kepada ibu hamil selain membantu pembentukan bayi yang sihat.


2. Vita-Lea Iron Plus
Vita-lea merupakan Multivitamin yang lengkap 28 jenis Vitamin dan Mineral yang mana ia penting untuk mencukupkan nutrisi yang diperlukan badan semasa kehamilan.

Multivitamin sangat penting untuk ibu hamil terutama ibu-ibu yang sering muntah dan kurang selera makan.

3. B-Complex with Folic Acid
B-complex mengandungi 8 jenis Vitamin B termasuklah asid folik yang penting untuk perkembangan janin.
B-complex membantu  menukarkan makanan yang di ambil kepada tenaga dan membantu meringankan stress, sakit kepala atau migrain.

Ibu hamil memerlukan sekurangnya 400mcg asid folic untuk perkembangan janin. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural.

4. Ostenutrix
Ostenutrix mengandungi kalsium, magnesium, Vitamin D, Zinc dan beberapa mineral penting untuk tubuh dan membantu penyerapan Kalsium secara efektif.

Ibu hamil memerlukan kalsium lebih dari biasa keranan kalsium dari ibu juga digunakan untuk tumbesaran bayi. Kekurangan kalsium akan menyebabkan gigi rapuh dan tulang rapuh (osteoporosis)

5. Sustained Release Vitamin C Plus
Vitamin C penting untuk fungsi tubuh terutamanya dalam pembentukan enzim. Selain anti-oksian terbaik, Vitamin c juga membantu pembentukan Kolagen dan meningkatkan sistem imun tubuh.

Vitamin C juga membantu mengurangkan parut dan stretchmark.

Kesimpulannya, Nutrisi yang cukup amat penting untuk kedua ibu dan bayi dalam menjamin kehamilan yang sihat dan cergas.

Sempena Bulan Ogos ini, Dapatkan Promosi Set hamil dengan Penjimatan sehinggan RM218 disini!



Sumber :

https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/lain-lain/makanan-dilarang-ketika-hamil/

Continue Reading

Saturday, 6 August 2022

Glisemik Indeks : Apa Kaitan dan Pengaruhnya untuk Diet bagi yang ingin Kurus

 DAH MAKAN SIKIT TAPI TAK KURUS JUGAK?


Betul ke makan sikit boleh kurus?


Kenapa makan sikit tak kurus?
Sebab nya, yang sikit tu mungkin makanan yang berminyak, tinggi garam, tinggi gula.

Kenapa makan banyak tak semestinya gemuk?
Boleh jadi sebab yang di makan tu makanan yang rendah glisemik indeks, yang kurang garam, yang tiada gula.

Jadi, hari ni Niza nak story kat korang tentang Glisemik Indeks (GI).

Pernah ambil tahu tak makanan yang kita ambil hari-hari tu tinggi ke rendah GI?

Jujurnya, dulu Niza pun tak pernah ambik tau!

Haha. bila dah komit dengan #ExcellentNewYouChallenge ni baru ambil tau banyak benda.

Glisemik indeks ni mengukur seberapa cepat makanan yang ada glukos kita ambil meningkatkan kadar gula dalam darah.
GI ni dikira dari 1-100

GI yang rendah adalah <55
GI sederhana adalah di antara 56-69
GI tinggi adalah >70

Macam mana GI ni mempengaruhi 'kegemukan' kita?

GI Tinggi : Menyebabkan kadar gula darah meningkat dengan cepat.
Dengan meningkat secara mendadaknya 'serangan' gula dalam darah, maka badan kita akan bagi arahan kepada tentera insulin yang 'ramai' jugak untuk berperang dengan gula tadi. Gula ni akan di angkut ke sel-sel badan dan juga ditukarkan kepada sel lemak.

Hal ini akan menyebabkan gula dalam darah akan drop dengan cepat. Dan sekali lagi badan kita akan bagi signal ke otak yang badan kita memerlukan gula (makanan).

Itu yang jadi baru je lepas sejam dua makan dah rasa laparrr laparrr laparrr tu.

Pastu kita pun cari lagi makanan untuk memenuhi permintaan 'craving' kita tadi tu, sedangkan gula atau tenaga yang ditukar ke sel lemak tadi ada lagi dan belum digunakan pun.

Jadi, bila kita keep on dengan eating habit yang macam ni, cycle yang berulang-ulang ini lah yang menyebabkan sel lemak kita tadi banyak berkumpul.
Sel lemak ni berkumpul di abdomen dan jadi lemak-lemak yang 'menyelimuti' organ-organ kita dan dikenali sebagai "Visceral Fat".

Lemak-lemak ni lah jugak yang menjadikan kita buncit!

Ha.. apa jadi kalau Glisemik Indeks Makanan yang kita ambil sederhana atau rendah?

Nak tau tak?

Bila makanan yang kita ambil tu rendah GI, kadar gula yang dilepaskan ke dalam darah adalah perlahan.

Bila gula dilepaskan perlahan ke dalam darah, still ada insulin yang dirembeskan untuk buat keje-keje dia. Tapi di tak kucar kacir kelam kelibut ajak 'geng' insulin yang banyak untuk tolong buat keje sekali dek banyak nya tetamu bernama glukos tu masuk secara tiba-tiba ke dalam darah.

Jadi bila insulin boleh bekerja secara slow n steady, badan akan reserved more energy untuk dikitar guna semula apabila kadar gula dalam darah tadi dah drop semula.

Berbeza dengan makanan yang tinggi GI. Dah la simpan banyak lemak, pastu asyik laparrrr je manjang.

Tu la kesilapan kita bila kita tak faham how our body works.

So sekarang nak pilih makanan yang tinggi GI ke rendah GI?

Dapat Sesuatu?
Semoga Bermanfaat!
Continue Reading