Wednesday, 20 January 2021
Saturday, 12 December 2020
Waktu Terbaik Minum Teh Hijau
Teh Hijau dikenali dengan pelbagai manfaatnya untuk kesihatan baik yang mengidamkan tubuh yang slim dan cantik, ada juga mengamalkan teh hijau untuk kulit yang awet muda.
Tidak hairan lah orang-orang Jepun suka mengamalkan teh hijau sebagai minuman utama mereka.
Teh hijau yang Niza maksudkan di sini adalah teh hijau asli yang belum di campur dengan pewarna, creamer dan sebagainya tu tau! Yang tu lain cerita =D
Ok, jadi sepatutnya waktu bila terbaik untuk kita minum teh hijau ni? Ada yang minum teh hijau sepanjang hari sebagai 'air detox', ada juga yang minum ketika sarapan pagi dan sebagainya.
Sebenarnya waktu terbaik dan berkesan untuk minum Teh Hijau adalah bergantung pada tujuan dan manfaat utama yang ingin kita dapatkan daripada Teh Hijau ni.
Teh Hijau Sebagai Anti-oksidan
Jika anda mengamalkan teh hijau sebagai anti-oksidan yang tinggi, waktu terbaik untuk minum adalah di antara waktu makan utama. Sebaiknya selang 1-2 jam sebelum atau selepas makan. Hal ini untuk memastikan 'catechin' (salah satu major anti-oksidan) tidak bertindak balas dengan 'casein' yang terdapat dalam susu atau mana-mana protein haiwan yang kita makan.
Penjarakan waktu ini juga untuk mengelakkan kandungan kafein dalam teh hijau dari menghalang penyerapan kalsium & non-heme iron (zat besi dari tumbuhan) yang akan menyebabkan masalah untuk pnghidap penyakit anemia.
Teh Hijau sebagai Penggalak Penurunan Berat Badan
![]() |
Waktu Terbaik Minum Teh Hijau Tanpa Kesan Sampingan
Tuesday, 8 December 2020
Kisah Niza : Malam Tu (Part 3)
MALAM TU (Part 3)











Kisah Niza : Malam Tu (Part 2)

Kisah Niza : Malam Tu (Part 1)
MALAM TU
.


Wednesday, 28 October 2020
Covid19 : Kajian Keberkesanan Vitamin C Terhadap Pesakit
Kes Covid-19 kian meningkat hari demi hari. Kerajaan pun sedang menggiatkan SOP supaya rantaian wabak ini dapat diputuskan. Kita masih belum menjumpai Vaksin untuk menangani Covid-19 secara menyeluruh. Justeru, apa yang mampu kita lakukan adalah dengan menjaga kesihatan keluarga dan mengelak dari bersesak di khalayak ramai tanpa keperluan dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Namun, baru-baru ini pihak KKM telah terbitkan kajian berbentuk PDF mengenai ujian yang dijalankan ke atas Pesakit Covid-19 menggunakan Vitamin C!
Menariknya mereka telah menggunakan Vitamin C untuk menguji kadar kesembuhan Pesakit Covid19 berbanding yang tidak dibekalkan dengan Vitamin C.
Satu golongan dibekalkan rawatan tambahan dengan Vitamin C 100% manakala satu golongan lagi hanya bergantung kepada ubat-ubatan lain.
Lagi Mengejutkan, keputusan mendapati Pesakit yang dibekalkan dengan 100% Vitamin C:
- 57% lebih rendah dari kadar kematian
- 9 hari lebih awal dibolehkan discaj dari wad
- 5.6 harilebih cepat bebas dari Extubation
- 7.5 hari lebih cepat bebas dari menggunakan bantuan pernafasan Oksigen
- Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang mampu mengawal serangan radikal bebas dalam badan
- Vitamin C juga mampu meningkatkan sistem imun dari mudah diserang oleh virus, bakteria dan kuman
- Vitamin C sangat penting untuk tindak balas kimia dalam badan untuk memastikan organ dan sistem tubuh berfungsi dengan baik.
![]() |
Rujukan artikel lengkap |
![]() |
Perkongsian dari salah seorang Pesakit Covid19 |
Niza Ahmad
Pesan dari Hati 💗
Tuesday, 27 October 2020
Happily Married! Alhamdulillah
Dari 2011 camtu berblogging, 2020 tetiba muncul header blog berdua dah kan?😆
Alhamdulillah. 2/11/2019 selamat diijab kabulkan dengan pemuda pilihan hati (cia cia cia).
Kenal since 2013 se-Fakulti di UniMAP. Tak Pernah bersembang melainkan urusan kerja, program dan seumpamanya sahaja.
Dikenalkan dalam satu majlis taaruf oleh sahabat senior pada penghujung 2015.
Kemudian lost contact setahun lebih. Tapi kalau dah jodoh~
Bertemu kembali 2017 dan mengikat tali pertunangan pada 13/8/2019 dan decide untuk mendirikan rumahtangga bersama 2/11/2019 bersamaan 5 Rabiulawwal 1441H.
Alhamdulillah untuk perjalanan yang baru bermula. Mohon doanya semua semoga ikatan yang dibina diirnigi sakinah, mawaddah wa rahmah juga dibekalkan sabar dan tabah mengharungi bahtera bersama. 💓
#Countingfor1stAnniversary