السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saturday, 3 August 2013

Set Bersalin Shaklee

Assalamualaikum wth.
Salam rindu buat Nabi Junjungan s.a.w.

Beberapa hari "berehat"
mengumpul kekuatan untuk menarikan lagi jemari di keyboard untuk melayangkan tinta untuk kongsian bersama pembaca setia. (perasan u)

Wahai.

Tajuk hari ni tentang Set bersalin.
Hamboi kau. 

Even, sy xde la berpengalaman sendiri dalam bab ni. tp,pengalaman tu ada through my sister n their client y claim,"wah..rasa bertenaga even tengah berpantang.Jiran-jiran datang melawat pun hairan : Sape yang bersalin ni?" alhamdulillah.. Dengan izin Allah jua setelah berusaha kan?
this is Set asas untuk Ibu lepas bersalin.
1. Vitalea
2. Vit-C
3. B-Comlex
4. Zinc Complex

Apa yang beeeessssttt sangat set bersalin ni buat ibu-ibu yang lepas bersalindan dalam berpantang ni??



Saya x la pro dan hevaatt pn nak ber "pung pang pung pang" bab ni..
tapi jom layan je laaa...


"Tahun lepas Syamimi lahir pada 1 Ramadhan. Malam sebelum puasa tu, memang saya dah ada sikit2 contraction. Tapi saya buat bodoh je sebab saya pernah dapat false alarm masa week 24. Masa false alarm tu, siap keluar darah lagi. Siap warded kat Columbia Asia lagi 3 days. Masa tu Allah saja yang tahu. Doa doa doa je keje saya. Sebab saya tak mau bersalin awal. Aiman pon beza 7 bulan je dengan adik dia yang kat dalam perut masa tu. Saya tak ready lagi untuk baby kuar. Masa tu, saya tetapkan jugak lagi consume vitamin Shaklee for preggy mommies termasuk ESP. Memang saya tak tinggal. Dan alhamdulillah everything kembali normal...Memang saya sahur minum 2 sudu ESP dan semua vitamin Shaklee masa tu selain daripada makanan2 lain especially kurma. Alhamdulillah dengan izin Allah ia membantu saya kekal bertenaga. Masa kak hawa datang visit saya lepas bersalin pon..dia cakap saya bertenaga tak macam orang bersalin. Seronok! Dahla dapat baby girl. So anak saya sekarang dah sepasang.:)




Actually saya nak cerita pasal saya menggantikan puasa sebulan tahun ni sebab berpantang bermula 1 Ramadhan tahun lepas. Walau pon saya berpuasa, susu saya tetap maintain. Saya sangatlah suka. Sebab susu saya ni je yang saya bagi kat anak saya Syamimi yang berusia 11 bulan. Tak bagi susu formula lagi. Saya tekad untuk continue bagi susu ibu untuk syamimi sampai 2tahun. Ni dia susu saya untuk satu hari pump kat ofis masa puasa.
Susu ibu untuk anakanda syamimi:)
Saya amalkan Performance drink,ESP dan Shaklee breastfeeding set serta osteomatrixuntuk memastikan saya boleh menggantikan puasa sebaik mungkin tanpa terlalu penat. Performance drink boleh mengurangkan dehydration badan kita sewaktu berpuasa. ESP kekal memberikan tenaga kepada kita sepanjang hari. Osteomatrix adalah kalsium yang boleh memberikan 100% keperluan kalsium yang diperlukan untuk badan kita. Begitu juga dengan vitamin Shaklee set breastfeeding. Ia mengandungi B compleks, Vitamin C, Vitalea dan Alfafa sebagai milk booster. Syamimi minum sikit pon memang dah kenyang sbb saya amik ESP..dalam sehari sekarang ni dia cuma minum 9 oz. Tupon dalam 3-4 kali minum. Yelah kan..syamimi pon dah start makan dah."


done?

alhamdulillah, manusia tugasnya berusaha.
jadi, berusahalah.
belum cuba belum tahu kan? ^^
Selamat buat mommies2 sume atau bakal2 mommies ye.






Continue Reading

Wednesday, 31 July 2013

Bulan Kerinduan..



Bulan kerinduan
Kini kian berlalu pergi
sedang aku masih meniti hari
mencari diri dalam redhaMu Ilahi

Ya Allah..
apa cukup bekal kami?
Perjalanan ini masih jauh menanti
Sedang kami masih tercari-cari
Sedang kami entah bila esok atau sebentar lagi
di jemput kembali kepada Mu ya Rabbi

Ya Allah..
Lemahnya kami ini
Mengharap redha dan rahmat Mu Ilahi
Sedang diri ini sarat dengan dosa yang menghantui
Apa masih ada keampunan bagi kami?

Ya Allah..
aku yakin akan janjiMu
Peliharalah diri ini dari kejahilan yang membelenggu 

Ya Allah..
Apakah layak kami persembahkan amal kami buatMu?
Sedang adakala kami kabur dengan nafsu..
Allah..
kurniakan kami keampunanMu
tiada yang kami rayu
tiada yang kami sandarkan harapan melainkan Mu..

Bulan kerinduan..
beransur pergi
meninggalkan kami dengan persiapan sendiri
menempuh hari-hari penuh onak duri
berbekalkan iman yang entah bisa atau tidak terus memuncak tinggi
dengan benteng taqwa yang kami harapkan layak kami persembahkan buatMu

Hanya PadaMu..
Aku mohon ya Ilahi
kurniakan kami cinta AgungMu
Agar kami bisa terus mujahadah diri 
dengan keyakinan akan kembali ke kampung abadi
Sungguh perjalanan kami jauh
sedang bekal kami tidak seberapa

Di celahan waktu yang ada,
sebelum ia pergi melabuhkan tirainya..
temukan kami ya Rabbi..
dengan malam penuh kerahmatan dari Mu..
agar bisa menjadi sedikit bekal perjalan dalam meraih cinta hakiki..

ameen ya Rabbi.. 

Nukilan Cinta,

 .Whitedove.

Continue Reading

Monday, 22 July 2013

Cara menghilangkan jerawat dengan cepat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


JERAWAT. 
Satu perkataan yang boleh membuat ramai yang stress menghadapinya dan tercari-cari cara menghilangkan jerawat ni terutama kaum wanita.

Apa-apa yang terjadi pasti ada puncanya,
jadi, jom telaah dulu

Faktor Penumbuhan Jerawat


1. Hormon

Ada apa dengan hormon?
Umumnya, pada usia remaja, kelenjar sebaceous sedang rancak mengembang dan mengeluarkan sebum di bawah pengaruh hormon Androgen. Sementelah itulah wanita kerap mengalami masalah jerawat terutamanya peringkat awal dan pertengahan remaja..

What causes acne - diagram

2. Bakteria

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

3. Pemakanan

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher.

4. Stress

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

5. Alat Solek

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda. Ini kerana alat solek lazimnya mengandungi bahan kimia yang meninggalkan kesan pada wajah.

6. Matahari./ sinaran UV

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

7. Pakaian

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belenggu jerawat.

ok. sudah hadam lumat-lumat?
^_^
Jadi, bagaimana nak kekalkan kulit cantik dan sihat tanpa jerawat ni?
Secara amnya,
silalah bersedia lagi untuk amalkan petua-petua di bawah........

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah dan Cepat

1. Kurangkan Pengambilan Gula

Pengambila gula yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat semakin teruk.

2. Banyakkan makanan yang bersumberkan ikan (minyak ikan)

Khasiat yang terkandung di dalam ikan atau lebih di kenali dengan Omega 3 dapat memberi kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan kulit sekali gus dapat mencegah pertumbuhan jerawat.

3. Ambil Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting yang utama dan pertama untuk kecantikan kulit adalah vitamin A, Vitamin E, Vitamin B-complex dan Vitamin C. (Nantikan post akan datang untuk makluman kandungan vitamin tersebut untuk kesihatan dan kecantikan kulit.. stay tuned.....) 

4. Ambil 'Zink' untuk merawat jerawat sedia ada.

Zink?? ha.. jgn ambil Zink rumah pulakkkkkk...
Zink ni adalah makanan yang mengandungi nutrient zink. cth: telur,bijirin,cendawan dan bla bla bla..
lbih mudah lagi, ambil lah Zink omplex dari Shaklee..(^_^)v

5. Jangan ragu-ragu untuk melabur duit.

eh eh.. amboii kauu..
heh, Ramai yang mampu menghulur duit untuk produk kecantikan yang mahal-mahal.
Tapi, di sini kami hanya menyarankan untuk mengambil nutrisi sebagai ambilan rutin kalian yang mementingkan kecantikan dan kesihatan. Nutrisi bukan hanya sekadar kecantikannn. tp juga untuk kesihatan menyeluruh..

InsyaAllah, moga Allah berkati usaha kalian dalam memastikan gaya hidup sihat.

"Cantik tidak menjamin untuk sihat, Tapi, sihat menjamin untuk tampil lebih cantik"

Bagi pelanggan setia Shaklee, kami mengeSYORkan untuk mengambil.....



1. Vit-C
2. Vit-E
3. B-Complex


“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Surah Ali Imran :159)

taraaaa.. ini testimoni dari pengguna produk Shaklee,
*Hak Cipta Terpelihara. Shaklee only.(^_^)v
Perlu di ingat, Produk ini hanyalah sebagai wasilah atau medium kita dalam berusaha.



P/s: Sekian saja entry kali ni..
Terima kaseh daun keladi kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entry kali ni.
Entry dah habis d baca.. berminat dan teruja? Sila hubungi saya di 



sekian saja.
Selamat menjalani bulan pesta ibadah, Ramadhan Kareem.


Wallahua'alam..
wassalam wth.




Continue Reading

Sunday, 14 July 2013

Tips Bertenaga sepanjang hari

Assalamualaikum w.b.t
Salam rindu buat junjungan mulia Muhammad ya Rasulallah s.a.w,
Para sahabat sahabiah yang menjadi teladan sepanjang zaman,
Para Mukmin yang setia bermujahadah,
serta seluruh alam yang tidak henti dilimpahi RahmatNya saban hari.



Alhamdulillah.
Tiada kata mampu di ungkap setelah masih lagi di beri nikmat kala dan tika ini tanpa henti.
Alhamdulillah.
Sekali lagi di beri kekuatan menarikan jemari di keyboard untuk sama berkongsi.
Alhamdulillah.

Jujur diri ini bukan lah seorang yang bijak berkata-kata.
seringkali niat tertunda mencermin diri, mampukah aku?
hm.. Moga dari hati sampai jua ke hati. =)

Bismillah..
Ramadhan tiba lagi.
5hari la sudah menuntut jihad. Bagaimana khabaran nafsu? Apakah sudah mampu di tundukkan?
Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Saya yakin.
Mungkin kala ini yang menatap entry kali ini tergolong dari pelbagai golongan.
Ya mungkin seorang pelajar, Mungkin juga seorang Ibu, mungkin juga seorang yang setia menunaikan tugasan dan tanggungjawab buat kerjaya. Barangkali.
Alhamdulillah. Moga tidak pernah kita jemu memanjatkan syukur kerana menjadi insan terpilih menemui bulan mulia ini.
Bulan mulia. Bulan d uji keimanan. bulan d uji kekuatan.


Hari ini. ya mungkin saat ini.
Ingin daku berkongsi lagi tentang kembara bersama Shaklee ^_^
Mungkin beberapa ketika lepas kalian d bawa menulusuri sejarah Shaklee,
jadi hari ini. Jom kenal satu produk dari Shaklee beserta kebaikan darinya. InsyaAllah.
Moga kita dari kalangan yang dapat mengutip manfaatnya.



PERFORMANCE DRINK


Minuman Pilihan Ahli Angkasawan dan Para Atlet.


Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk 
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.


Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
`


--------------------------------------------------------------------------------------------------


..tudia serba sedikit tentang Performance drink ni.
so apa kaitan dengan Ramadhan?

Mai cheq nak habaq..

Sesungguhnya saya yakin ramai yang tahu dan maklum.
Ramadhan atau nama lainnya berasal dari kata dasar ra'-mim-dha’,
`yang bererti PANAS . Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud atau diertikan juga sebagai Hampir Membakar.
Jadi,Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa. {sumber}


Jadi, sesungguhnya saya yakin kalian di luar sana yang bersungguh bermujahadah mencari kekuatan menahan teriknya Ramadhan yang membakar ini,.*Moga terbakar jua dosa-dosa
berusaha sehabis daya untuk perform yang tebaik untuk ummah. Ye dok? InsyaAllah.

Jadi lagi, ini lah yang ingin di kaitkan dengan produk Shaklee ini yang InsyaAllah mampu mengurangkan dahaga dan keletihan di kala menjalani tanggungjawab seiring ibadah puasa yang menuntut kesabaran.

Jom sama-sama nilai manfaatnya.
Keyakinan berasas pengalaman ingin ku kongsikan bersama. Moga sama-sama dapat manfaat. insyaAllah. 

Manfaat Utama:

1. Meningkatkan daya ketahanan Badan- Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

2. Membekal tenaga & daya Ketahanan Fizikal- Ia mengimbangi dan mebekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium,kalsium,sodium, phophorus, magnesium dan Chloride. Produk ini turut di rumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja seharian.

`
3. Mencegah Penyahhidratan- Mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda.

4. Mengekalkan Paras Gula- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau di campur bersama minuman lain.

Sangat sesuai untuk : ATLET, Orang yg BERPUASA, Sebelum dan selepas Pembedahan,Tidur lewat malam, keletihan, penyahhidratan otot dan kulit, vagina yg kering, cirit birit, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan dan sebagainya...



P/s: Sesuai di minum bila-bila masa sahaja.
Bagi yang berpuasa, di sarankan mengambil Performance Drink pada waktu sahur dan waktu berbuka. (sesuai di hidang secara sejuk / panas)



Jadi, dapat hadam ke manfaat-manfaatnya?
InsyaAllah sama-sama kita perform yang terbaik setiap waktu. ^_^


*p/s: terima kasih kepada anda yang penuh sabar menghabiskan entry ini, 
Moga ada manfaatnya. Entry dah habis di baca. Berminat dengan Produk di atas?
Jemput hubungi saya. sekian.
 (^_^)v

wallahua'lam.

wassalam w.t.h.


Continue Reading

Saturday, 13 July 2013

Kenali Shaklee

Assalamualaikum w.b.t
salam Ramadhan al-Mubarak.
bulan mulia,
bulan terhimpunya Rahmat,Maghfirah dan 
1001 kelebihan yang dikurniakan buat hamba-hambaNya.
 insyaAllah. sama-sama rebut peluang..

Alhamdulillah. sekian lama-lama-lama-lama menyepi tanpa khabar dan berita.*aiseh..berdrama plak
sekali lagi di berikan kekuatan dan kerajinan oleh Allah melakarkan tinta, InsyaAllah.
apa tajuk nak celoteh hari ni?

Bismillah..
Perjalanan meniti hari di tarbiah untuk sama-sama membangunkan ummah membuat diri ini tersedar dan tersentak dari lena yang panjang....

alkisah perjalanan kakanda ku yg sudah seberapa lama bermukim sebagai Shaklee Independent Distributor sedikit sebanyak memberi gambaran. Bagaimana gaya hidup sihat? Bagaimana pentinya nutrisi kpada al-jasad y berharga ini? dan bagaimana menjana ekonomi? aiwah.
Di tambah sokongan dan inspirasi ibu,abg dan rakan-rakan seperjuangan kakanda ku y sibuk berShaklee,
diri ini mula setapak. Baru setapak berminat mengenali nya. bila berceloteh dengan teman-teman. Ramai yg bertanya. Shaklee? apa tu?Ha, apo bondo Shaklee ni?


Zassss....


Shaklee merupakan sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.

Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.


VISI & MISI SHAKLEE

 

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan PELUANG yang ditawarkan oleh Shaklee.


cukup??
belum cukup untuk mengenali setakat itu...
Tak kenal maka tak cinta. eheh
jom rerajin klik sini untuk mengenali lebih lanjut.
apabila bersama Shaklee, 3 hal yg kalian perlu yakin adlah:
Produk Shaklee diJAMIN 
> SELAMAT
>BERKESAN
>SEMULAJADI(sumber alam).
InsyaAllah...



ikuti episod kembara bersama Shaklee d episod akan datang. 
stay tune..
>_<

wassalam w.t.h..





Continue Reading

Sunday, 14 April 2013

Bidadari Syurga? ke Wanita Solehah?

Assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w,
ahli keluarga baginda,para sahabat,
para shuhada dan muslimin dan muslimat y dirahmati Allah selalu.

Alhamdulillah. 
sekian lama lagi membiarkan laman ini berhabuk dan usang dek kosongnya tanpa corat coret,
sekali lagi. Allah beri kesempatan untuk sama2 berkongsi.
apa?
B.I.D.A.D.A.R.I syurga kauu.. ha.

beza ke Bidadari Syurga dengan Wanita Solehah ni? *beza dr segi ejaan. err
ok. 

Bidadari Syurga tu d gmbarkan seolah andai Rasulullah s.a.w menyingkap hanya sedikit tirai langit,maka kelam lah cahaya matahari dek tertutup dengan  sinarnya bidadari syurga. sedikit sahaja. again. s.e.d.i.k.i.t.
bnyak mna sedikit tu?
wallahua'alam. nampak tak kat situ bgaimana nak di gmbarkan bidadari syurga tu?
hmmmm. SubhanAllah.

Bidadari syurga ni, memiliki rupa yang indah, kulit bersih, mata yang lebar dan jeli, rambut yang bersinar, serta digambarkan keindahannya sebagai mutiara dan permata yang cukup terjaga, kerana disamping bakal suami mereka, bidadari syurga tidak pernah disentuh mana-mana manusia, mahupun jin dan syaitan.

Pada tiap-tiap bidadari syurga, tertulis nama suaminya pada dada mereka. Keindahan mereka tidak hanya terbatas kepada rupa luaran mereka, malahan, mereka sentiasa merindui dan mencintai suami mereka, hingga difirmankan bahawa, tiap-tiap kali isteri menyakiti hati suami, para bidadari syurga akan memarahi isteri tersebut, "Hai wanita, jangn kau sakiti suami kami. dia hanyalah suami mu sementara d dunia. sedangkan dia akan kembali kepada kami d syurga kelak. "

huk. huk. huk.

*serious jeles dengar dialog ni. 
ha, kalian y bergelar isteri? xde perasaan ke?

sabda Rasulullah s.a.w:


 “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Nampak macam simple kan 4 perkara.

1. Solat 5 waktu.
2. Puasa di Bulan Ramadhan.
3. Menjaga Maruahnya.
4. Mentaati perintah suaminya.

tapi,sy tak nak cakap. kalian di kurniakan akal y sihat serta fikiran yang bijak untuk muhasabah dri.
di akhir zaman ini. 4perkara ini menjadi suatu y sukar. betul idok?
sungguh!
Berapa ramai y benar2 m'aggap solat itu WAJIB dilaksanakan lantas dilaksanakan sebagaimana hukumnya wajib? (sedangkan ramai y sy temui. menunaikan solat 5 waktu di musim peperiksaan sahaja. menunaikan solat hanya d waktu lapang sedang tidak berusaha melapangkan waktu untuk solat dalm kesibukan mengejar dunia?)

Puasa di bulan Ramadhan. ini tidak d nafikan kerana kebnyakan y berpuasa di bulan Ramadhan.
tapiiiii, puasa sekadar menahan diri dari makan dan minum. itu shajakah?
Berapa ramai y bila berpuasa, puasa juga seluruh anggotanya dari melakukan kemungkaran? mulutnya dari berkata keji? berpuasa matanya dari melihat kemaksiatan?
berpuasa jga telinganya dari mendengar perkara2 keji?
Berapa ramai?

Menjaga maruahnya. T_T 
di akhir zaman ini. berapa ramai y benar2 memelihara dirinya? memelihara maruahnya.
sedangkan Allah dan Rasulullah s.a.w mjadikan wanita itu istimewa. Allah tinggikan darjat wanita.
Rasul pelihara hak wanita. tapi, kita lah y selalu menghinakan dri sendri. meletakkan dri d tempat y tdak sepatutnya. kerana apa? Hanya mengejar bahagia dunia? Bhagiakah hidup dalam kemurkaan Allah?
Allah.. sedih melihat dan mendengar berita2 pmbuangan bayi *dah muak dengan isu ni. Allah.. nk mggambarkan muak tu kerana betapa banyaknya y terjdi. dan kejamnya,tanpa rasa bersalah mengulang kesalahan y sama berulang kali. Adakah pelakunya berfikir "alang2 dah terjebak......" begitukah?
sedarlah. RAHMAT ALLAH lebih luas dari kermukaanNya. 

nauzubillah. T_T
Moga Allah menjadikan kita HambaNya y sellu beringat dan muhasabah diri.

Mentaati perintah suaminya.
xboleh nk ulas panjang part ni. err.. >.<
taatilah mereka y bergelar suami selagi tidak ianya menzalimi agamamu.
Allah,Rasul,Islam come first.

InsyaAllah. semua dari kita (wanita) akan..zaujah to be.InsyaAllah.
tidak d dunia, di akhirat.
Jadilah wanita y menjadi rebutan bidadara d syurga,
tak mengapa tak menjadi rebutan lelaki dunia. kerana Allah menjaga wanita y mulia dan berharga itu ibarat permata. di dalam bekas kaca. tidak layak di sentuh. tapi hanya layak di miliki.
Renungkan lah wahai wanita. 



Jadi,
Maka. bidadari syurga itu bukan wanita dunia.
tapi,wanita dunia yakni wanita solehah itu juga bidadari syurga.
Malah, Allah tinggikan darjat wanita solehah untuk menjadi KETUA BIDADARI.
ketua kaau.. mana kau cari. SubhanAllah. besarnya nikmat Allah. tapi berapa bnyak y manfaatkan nya?

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada ALLAH, ALLAH akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (Riwayat Tabrani) 


gambar ehsan inche.google


tak nak bebel panjang. sama2 lah kita meletakkan Allah y utama. RedhaNya y pertama.
*letak tangan di dada sambil pejam mata, kata dalam hati : "Ya Allah, aku ingin menjadi wanita solehah y di cemburui bidadari syurgaMu. Kuatkalah kami ya Allah dalam mujahadah ini. dalam mencapai redha Mu. Kurniakan kami hati y bersih, tulus m'abdikan diri kpd Mu sehingga saat kami kembali padaMu. ameen ya Raab al-ameen.." 

strive for mardhatillah! 
moga Allah temukan kita di syurga kelak ameen!
jom audit diri.

wallahua'alam.
Wassalam. <3


Continue Reading